LOGAN and LIFE

Friday, March 03, 2017 nizamriadzi 0 Comments



Assalamualaikum,

My first writing for this year. Have lots of idea but tak cukup masa or maybe MALAS.

Petang tadi had a chance layan LOGAN...The last movie for Wolverin yang dimainkan wataknya oleh actor Hugh Jackman.

So, Im not writing here to review for this LOGAN movie, but if you want to know for me this movie was just OK. Tak menghampakan so it is berbaloi terutama untuk peminat watak xmen ni. Bila aku tenguk movie ni, sambil sambil layan plot cerita yang semakin banyak aksi, otak ak mula terfikir time really has goes by...fly away orang cakap.

Hugh Jackman as Wolverin sudah tua. Aku ingat lagi time memula dia jadi Wolverin, time tu body dia tak berapa sado lagi..still sedang sedang then slow slow bertambah sado. Profesor X pun dah tua..seriously dah tua and kedua watak ni ditamatkan dalam movie ni. Aku tak nak cerita banyak nanti ada yang tak tenguk lagi kecam ak pulak spoil the mood kan..haha

Back with the age...its not about the actor yang semakin tua tapi ini tentang kita semua. Did you realize perlahan lahan setiap tahun masa berlalu, usia kita meningkat dan dalam kita tak sedar semakin ramai orang yang kita kenal, yang kita sayang yang mungkin sekadar ingat rupa dah mula semakin berkurangan meninggalkan kita SELAMANYA.

Yup, pergi menghadap Illahi sebelum kita. Semakin kita berusia, semakin kita akan rasa kehilangan. Kalau dulu kecil kita myb menangis sebab mak abah marah kita nakal, cikgu marah kita tak siap kerja rumah, bergaduh dengan adik beradik sebab berebut mainan and bermasam muka dengan kawan untuk sebab sebab yang mengarut tapi bila kau dah semakin dewasa dan mula sedar yang semua tu dah semakin berlalu.

Aku terdetik hati, syukur sebenarnya untuk aku sedar semua ni sebab aku akan lebih menghargai orang keliling aku dan aku akan lebih menghayati setiap detik yang ada tapi macam mana pulak yang jenis tak sedar diri lagi?

Still ada orang yang tak reti menghargai apa yang ada disekeliling mereka sampaila diorang terlepas benda tu. Mak Bapak still ada tapi nak kerja jauh dari parent sebabnya alasan tak nak menyusahkan diorang, nak hidup berdikari. Alasan yang bagus jikalau mak bapak tu seorang yang serba kemampuan atau mak bapak sendiri yang desak keluar dan hidup berdikari. Macam mana pulak dengan mak bapak yang usia dah melangkau lebih dari usia pencen still membanting tulang saban hari sebab anak anak hidup di kota. Sebulan paling tinggi rm100 dikirim dengan alasan zaman GST, hidup di kota banyak nak pakai duit..mak abah di desa cukuplah apa yang diberi. rm100 sebulan cukup....sangat cukup (sarcsm). Itu belum lagi dengan ada yang jarang2 buat panggilan telefon..nak balik kampung alasan kerja yang tak pernah habis digunakan. Hmmm

Yang berkeluarga, anak kecil jarang diberi perhatian...siang dihantar ke rumah pengasuh, malam anak dah terlena kurangnya kasih dari si ibu dan bapa. Bukan nak salahkan mak bapak sebab mak bapak mana yang tak nak manjakan anak. Terpaksa keluar demi masa depan mereka. Semua memerlukan duit..cukup faham tapi jangan kerap jadikan itu alasan takut kita sendiri terlepas untuk lihat anak yang membesar didepan mata membentuk seperti apa yang dihajatkan atau dibentu media sosial yang dilambakkan didepan mata.

Suami Isteri, hubungan jangan diabai. Jangan jadikan alasan sama semakin kurangnya kemanisan. Kalau bercinta dahulu yang HARAM sanggup d lawan, jangan siakan yang HALAL. Sedih bila depan mata sendiri, kenalan ak sendiri yang dah berkahwin tapi masih berlagak bujang. Tak kira si suami or isteri, sama saja...hal suami isteri kawan kawan nak nasihat tapi terlebih nasihat dikata menyibuk nak nak kalau kawan bujang yang menegur betul2 ibarat menuang air ke daun keladi.

Masa berlalu dan tak pernah henti. Hari bersilih ganti. Cuba kita renungkan diri sendiri balik, hari ni ada tanya khabar family tak..mak abah macam mana, anak anak???

Takut bila nak fikirkan soal masa...sebab masa tak pernah berhenti dan semakin mengejar. Kita yang kena pandai uruskan masa tu. Jangan sampai nanti kita menyesal tak hargai masa.

Untuk yang belum tenguk LOGAN dan mungkin bakal tenguk, hope korang dpt tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Sejujurnya ak cuba menyindir beberapa orang yang aku tenguk depan mata aku sendiri tidak menghargai apa yang mereka ada sekarang. Hargailah sementara masih ada. Moga dirahmati sentiasa. InsyaAllah.

Tq for reading.

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...