Insaf dan Syukur

Saturday, November 26, 2016 Nizam Riadzi 0 Comments

Seusai tamat pengajian semestinya ramai yang bercita cita nak kerja di syarikat syarikat Gah dan ternama. Berjawatan tinggi , bergaya koperat itu cita cita aku DULU. Alhamdulillah semua itu diperkenankan. Belum konvo ak dah start bekerja dengan syarikat ternama. Bergaji mewah, berjawatan gah untuk si anak muda yang masih mentah dan ak nyaris leka untuk semua itu.

Ak nyaris leka yang ak masih punya harta tak ternilai yang aku tinggalkan demi harta dunia yang tak seberapa. Mak aku tinggalkan di kampung duduk keseorangan sebabnya adik aku pun belum lagi tamat pengajian dia.

Bila ak makin leka Allah mula menjentik halus. 2 rakan sejawatan menerima khabar yang semestinya ditakuti setiap anak. Seorang bapa meninggal, seorang lagi adik lelakinya meninggal. Saat itu kami sedang bekerja..leka dengan cita cita.

Bila hal macam tu terjadi aku mula terfikir berbaloi ke aku kerja di kota tinggal keluarga untuk mencari rezeki yang kononnnya untuk keluarga di desa? Bila aku fikirkan balik banyak duit gaji ak habis untuk menyara kehidupan sendiri. Aku bukan jenis kaki enjoy, kaki club sebab sejahat jahat ak, ak masih ingat mana asal ak.

Aku mula hilang jiwa mengejar cita cita bila ak terfikir "kalaulah mak aku yang diambil saat ak mengejar harta dunia". Kalaulah ak tak sempat melihat di buat kali terakhir. Aku rasa aku tak cukup kuat untuk semua tu lagi.

Berhenti kerja dari jawatan yang baru dinaikkan pangkat sememangnya benda gila yang aku langsung tak terfikir sebelum ini. Untuk mendapat jawatan tu sekurang kurangnya ada pengalaman 3-5 tahun tapi ak yg baru 6 bulan bekerja dah dinaikkan pangkat. Rezeki Allah beri atau mungkin juga satu ujian untuk menguji ak dan ak tekad berhenti. Berhenti dan kembali ke desa duduk dengan keluarga.

Ada rakan2 yang mula menyindir katanya ak anak emak pantang berjauhan tapi sememangnya ak anak emak. Bukannya anak ungka anak kucing..dia wanita yang lahirkan ak, kenapa nak malu mengaku ak anak emak? Terkadang pelik bila ada anak anak yang malu dan berang bila digelar anak emak. Mungkin sebab tafsiran maksud anak emak yg negatif mungkin?

Sekembali ke Ipoh , ak cuba mencari kerja dengan kelulusan yang ada. Rata rata menerima namun gaji yang ditawarkan mungkin sekadar taraf spm yang tak seberapa. Ak memilih. Jujur ak memilih. Itu ak tolak, ini aku tolak..tapi bila hampir 1 bulan tak bekerja ak mula rimas dan ak balunkan saja apa jenis kerja yang aku dapat.

Dari part time banquet hotel ke 7elevan, semua ak try..jnji ak tak buang masa di rumah. Syukur rezeki ak perlahan lahan mulai kembali. Ada aja panggilan dan memang ak kerap tukar kerja sebabnya ada saja tawaran gaji yang makin menaik. Jujur saja siapa yang tak bekerja atas faktor gaji kan? Aku pun sama , ak kerja atas faktor gaji dan terkini gaji ak lebih lagi dari apa yang pernah ak dapat sebelum ini. Syukur.

Rezeki duduk dengan emak, keluarga..dapat kerja betul dekat dengan rumah. Naik basikal pun boleh tak ada masalah...dan ini menyebabkan ak mulai rasa nikmat dalam bekerja. Nawaitu ak saat berhenti dulu sebab nak dekat dengan keluarga. Nak bangun pagi sebelum pergi kerja, tangan dan pipi emak yang ak cium dulu...dan semua itu Alhamdulillah ak merasa kini.

Terdetik nak menulis semua ni sebabnya dalam tempoh sebulan ni 2 staff ak kehilangan orang tersayang. Keduanya kehilangan bapa tercinta. Dan kelmarin adalah yang terbaru.

Malam tadi pergi menjeguh keadaan, adakah ok atau tidak. Tapi macam orang selalu kata..perit macam mana pub semua tu tetap kena hadap, tetap kena harung sebab dia pergi dijemput Illahi. Allah lebih sayangkan mereka.

"betul cakap orang, kalau ada masa (cuti) try la luang masa dengan diorang (family)" itu ayat yang terpancul keluar dari staff ak. Ayat tu menyebabkan ak teringat kembali tujuan sebenar ak kenapa ak berhenti kerja dan kembali duduk dengan family di ipoh.

Memang kita senang terleka. Yang ada depan mata susah nak dihargai, bila dah hilang baru rasa sesalan tapi semua tu dah tak berguna saat itu.

Masing masing ada pilihan sendiri. Akan ada yang kata ak kerja untuk cari rezeki sara family di kampung. Ak pun macam tu dulu. Itu fikiran ak yang dulu. Tapi bila ak mula perlahan lahan sedar, ak kembali dan alhamdulillah rezeki yang diberi lebih berlipat. Mungkin sebab doa seorang ibu yang tak ada hijabnya.

Semua ni memang menginsafkan ak dan ak bersyukur untuk itu

Alhamdulillah.

For u guys yang sudi baca.  Ingat, hargai selagi orang tua kita masih ada. Cuba kau pejam mata dan ingat wajah mereka..cuba kau ingat bila kali terakhir kau bicara dengan mereka..masih ingatkah hangatnya ciuman di wajah mereka. Hargai sebelum semua itu ditarik nikmatnya.

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...