Mengajar berniaga...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak singgah p bazaar ramadhan. Just nak jenguk2 sikit ape ade kat bazaar nuh. Duit pun just bawak RM10. Xnak bawak dompet sebab risau over bajet...bukan boleh bila lapa nampak itu ini semua nak. Tambah pulak tadi hujan renyai renyai ape lg..fuhhh

Jalan punya jalan ak ternampak ABC...menu fev ak. So nak p bli la...ak tenguk ada 2 ABC dah tersedia diikat...tapi yelah dah cair.  Dah macam air pulak, x nampak aisnye dah.

Ak pun cakap la nak yang baru sebab xnampak ais dah. Ok fine, that time perniaga tu bertiga. Family kiranya. Ada anak bujang, ada mak and pak dia. Si mak n pak busy nk layan customer lain so si anak bujang ni la layan ak.

Ak dah cakap nak yang lain tapi dia tetap nak ambik apa yang dah tersedia. Tak nampak macam ABC pon ...nampak macam bandung ade lah. So myb mak dia perasan mak dia terus tegur si anak bujang tu ha . "p buat yang baru..orang nak yang lain tu". Si anak ni dengan kompidennya cakap "tapi ais dah habis..ini je tinggal" sambil tunjuk abc cair tu.

Ak nampak mak dia menjegil mata tajam ke arah anak bujang dia. Ye lahh, sebab mak dia tau anak dia tengah menipu. Aku pun tenguk je gelagak anak bujang dia tu sebabnya before that ade cust lain beli, ais dalam kotak tu banyak je lagi.. Adehhh nak nipu x pandai. Phewww

So last skali dia akur dengan pandangan mata mak dia. Ape lagi, dia bubuh la acuh tak acuh ais tu dalam plastik and pas kat mak dia. Mak dia isikan sirap sudu segala and then mak dia p topup lagi ais sebab nampak beno ais yang dibubuh tu sikit. Jelas kelihatan x puas hati si anak oada customer yang nak abc baru berbanding abc tersedia yang dah cair tu.

Ak x marah kat budak tu thus ak tersenyum sebab ak teringat diri ak yang dulu. Camtu la ak dulu time ak tolong mak berniaga kat bazaar or gerai. Bila ade customer nak request yang baru bagai.. Perhhh menyirap je hati. Sama je pon nak baru abendenya??? Haa. Itu la namanya darah muda cepat melenting.

Tapi mak mak kita ni makan garam dulu, so dari situ diorang tegur n ajar kita cara nak berniaga. Sama macam si peniaga td tegur anak dia, camtu la aku kena dulu and then bila lama2 ak rasa logik kalau customer nk request bagai2 and tu hak diorng. Tapi ade jugak tau customer yang merepek...nak banyak tapi harga nauzubillah siap tawar menawar. Makanan pun ada tawar menawar ek???

So pada peniaga didikla anak2 cara berniaga dengan betul. Berniaga ni tak boleh belajar dekat dalam kelas then jawab exam and pass. No. Semua ni kena belajar dari kehidupan sebenar. Pada yang terasa pandai berniaga tu baik fikir fikirkan balik yakin ke korang pandai berniaga sebabnya ak sendiri yang ada ilmu dalam kelas n kehidupan pun rasa was2... Banyak lg yang nak kena belajar. Anyway tak salah mencuba tapi ingat gagal x bermakna x boleh berjaya.

Salam ramadhan n selamat berniaga dengan penuh keikhlasan.

Popular Posts