Apa bezanya Ramadhan tahun ini bagi korang???

Tuesday, June 07, 2016 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum,

Bagi aku tahun ni punya Ramadhan xde banyak perbezaan sangat melainkan dari segi kerjaya. Yelah, since ak dah kerja dalam bidang retail ni..musim Ramadhan dirasakan amat busy sampaikan aku nak tolong mak dekat bazaar ramadhan pun tak dapat...adehhh. So itu bagi aku lah...yang lain setakat ni nope, biasa aje...owhh ade sikit perubahan kat perut, makin buncit sikit..comel what..muahhaha

Member2 aku terutama member UUM & zaman sekolah rata2 dah kahwen, so sah2 diorang melalui Ramadhan kali ni dengan penuh makna dan berbeza. Siang dah penat kerja, malam pulak penat dikerja..ehhh..muhahhahaa. tuutttttt. So, pada yang masih membujang tu jangan sedih2...banyakkan berdoa insyaAllah mana tahu tahun depan depan dah berdua dengan husben or wife yang setia menanti tu.

Ade jugak yang berbeza bila kali ni diorang dah bertiga...haaaa, baby baru dah sampai...penyeri hubungan suami isteri. Alhamdulillah, moge bahgia hendaknya. Kompom raya kali ni meriah sikit sebab si Ibu dah busy dah nak pilih baju kaler ape nak kasi maching 1 family. Senang cari kalau terpisah, just tenguk kaler baju je kan..

Aku tak pasti tapi dalam kita bergembira pasti ada yang sedang berduka. Pasti ada yang sedang meratapi kehilangan orang tersayang.Ada yang tahun ni dah tak dapat lagi rasa air tangan bonda tercinta kerna dah dijemput Illahi. Ada yang dah tak dapat dengar lagi suara si ayah yang bising anaknya bermain2 diwaktu berbuka...hmmmm mati itu pasti, x siapa meminta dan tak siapa menduga bila kita atau orang tersayang akan pergi. Bagi yang sedang menghadapi detik2 tu, sy ucapkan salam takziah, moga bertabahlah ya. Mungkin senang untuk berkata, tapi aku yakin susah untuk diungkap. Syukur bg ak sebab masih ada insan yang paling berharga disisi..Mak.

Apa apa pun perubahan yang korang lalui bagi Ramadhan tahun ni, mungkin boleh share dengan aku ..x kisah laa happy or not just sharing. Just 1 je nasihat ak, hargai setiap detik yang kita ada. Mana tahu ini mungkin ramadhan terakhir...moga Allah permudahkan urusan dan perjalanan kita. InsyAllah.

Salam Ramadhan everyone :)


You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...