Susahnya nak kawen ni

Saturday, May 14, 2016 Nizam Riadzi 0 Comments

Gila tak susah kalau yg nak kawennya plan ala kadar...biasa2 semampu poket mana ada tapi yang tukang tokok tambah tu perhhh..jenis main order je suruh tambah.

Pernah tak dengar story pasal orang yang nak kawen ni tak kisah pun majlis dia ala kadar, tapi bila ahli keluarga diorg masuk campur mula lahh..kibut jadinya. Dari majlis 2 khemah jadi 7 ke 8 khemah. Dari bajet RM10k jadi dekat RM50k dan kebiasaannya benda ni boleh jadi dekat kedua belah pihak.

Kenapa nak disusahkan perkahwinan tu sedangkan kalau ikut islam mudah. Kalau ikutkan adat pun xde payah mana tapi zaman sekarang ni ada lagi satu jenis ikutan...iaitu "TREND". Tenguk orang tu kawen ada kereta kuda..dia pun nak kereta kuda.. Orang tu kawen majlisnya grand grand..dia pun nak jugak tapi yang tak menahan selalunya yang hendak tu still sedar diri "kocek tak tebal mana" tapi si tukang tokok tambah tu ha...sesedap rasa main order.. Pastu ckp dekat bakal pengantin ha tu nanti jangan lupa bayar..dah tempah tu.  Malu kalau cancel, mana nk letak muka 😒😒😒

Pada golongan yang suka tambah menambah ni..kalau boleh bawak berbincang la dengan bakal pengantin tu dulu sebelum buat keputusan. Berbincang pulak jangan jenis memaksa...nanti mula lah dicakap "ishh, kamu gilaa..orang lain buat kamu xnak buat??? Mana nak letak muka..malu family nanti".

Tu jenia ayat tak boleh bawak berbincang namanya. At the end bakal pengantin pun anguk kepala pastu malam2 xboleh tido duk pening fikir duit tak cukup. Ada yang lagi puaka..hantaran dah ditetap rm15k contoh.. Pastu disuruh pulak tambah duit lagi bayar yang lain pulak. Dah la majlis belah pihak perempuan..disuruh tambah duit lagi, macam belah pihak lelaki tu yatim piatu xde sedara mara nak dijamu untuk majlis belah sana pulak nanti. Haishhh...dunia dunia. Belum "Sah ijab dan kabul" dah terbeban dengan kos yang entah ape2 ajelah.

Tak salah nak buat majlis gah meriah, tapi salah kalau x kena dengan kemampuan diri. Sampaikan ada yang buat pinjaman peribadi dengan pihak bank gara2 majlis 1 hari tu. Yang dijamu entah siapa siapa ajelah.. Yang ditanggung beban laki bini..silap2 duit nak beli susu anak pun terpaksa dicatu. Adehhh...moga dijauhkan.

So pada yang belum berkahwin or dlm proses tu bwk2 la berbincang dgn kaki topup ni. Diorng ni termasuklah mak abah. Adik bradik..sedara mara yang tetibe jd pakar wedding planner. Kalau nk tolong support hulor2 sikit takpe...tapi kalau pandai order je diri sendiri n pasangan pulak yg terbeban tu payah tu.

Fikir fikirkan jelah ye... Ade cerita nk share??? Kongsikan 😉

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...