Status Media Sosial - Mengundang Jeles dan Dengki???

Tuesday, September 22, 2015 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...

Jeles atau Dengki??? Itu persoalan yang acap kali aku tanya diri sendiri bila aku baca status2 yang kadang2 buat diri ini rasa annoying gilerr..hahaa, alah aku yakin korang pun kadang2 akan terasa annoying dekat status media sosial member2 korang kan... thus sometimes korang terasa macam "Eh..itu pun nak cerita ke?"but still korang akan Like status tu tanpa sebab musabab yang munasabah..huhuhuhu

Antara status or update dari media sosial yang aku rasa annoying adalah status2 yang berbunyi or kelihatan macam "Dia aje yang gud2 or bahagia kat dunia ni".



Contoh dia macam ni beb, korang ada tak kawan2 yang dah berkahwin dekat 3 tahun macam tu..tapi dia punya status dah macam baru kawen 3 jam lepas. Mula akan bertanya diri sendiri, ehh aku ni jeles ke atau aku ni dah mula annoying dengan status macam tu dari dia? Kejap2 update konon2 macam dia sorang aje yang berkahwin and insan lain ni xde yang bahagia or dapat peluang kawen macam dia...pelik2

Nak ditambahkan rasa annoying tu adalah bila diorang mula meng"spam"kan wall kite dengan komen2 sweet antara diorang berdua sahaja. Mesti jari jemari korang rasa macam laju je nak menaip and balas "please kindly go to private message aka whatsapp" ..hahaha...but since diorang tu kawan korang, so ko diamkan ajelah betul tak... p/s hal ni tak berlaku dekat pasangan yang dah berkahwin saja tau, but mostly dekat yang feeling2 husben/wife to be nih..konon2 nak tunjuk la yang diorang ni sweet feeling till jannah walaupun sah2 belum ijab kabul pun lagi...kad jemputan pun still nego mintak harga diskaun kan..hahaha

Move to next annoying status gud2... Ada jenis yang suka upload gambar diorang pegi travel la...shoping la..makan2 la...kononnya untuk dikongsikan bersama kawan2 lain..xde niat lain pun. Alah aku sendiri pun selalui je buat macam tu tapi tu la tak semua akan suka kita kan...akan ada yang bertanya "hello...nak show off ke pon" sedangkan kita takde pun niat camtu, myb keterujaan diri ni menyebabkan kita terlupa kita ni dah mula ada ciri2 riak takabur nak show off semua benda best yang berlaku kat diri kita.

 



Contoh yang paling win adalah ko pegi shoping baju ke...shoping ape2 jelah kan.. for me its ok if ko nak share pix baju tu, but kebanyakan orang sekarang suka sangat post gambar RESIT. Ehh...dah kenapa, motif nak tunjuk gambar resit adalah apa??? Nak tayang harga baju yang mahal atau apa. Nak tunjuk diri itu mampu berbelanja besar??? See..itu antara andaian negatif yang orang boleh fikirkan kat diri kita ni walaupun ak sendiri tak pasti apa motif yang positif boleh aku fikirkan...hmmm



Next...myb boleh berkait dengan bab shoping jugak kot...bab berbelanja kan...ini kes travel pulak. Aku ni kaki backpackers, tapi aku tau limit poket ak...so aku banyak travel around asia jelah..nak ke europe tu hmmmm ringgit kita ni terlampau memberansangkan sekarang...thanks to Jibby & Co..tetttt. So, andai kata korang jenis kaki backpack jugak kan...perlu ke setiap 10 minit update dekat status "yeahh...esok nak pegi Milan, lusa nak pegi Hong Kong, pastu nak ke Aussie..blaablaablaaa" . Orang yang membaca kebanyakkan akan bagi komen menyindir tau contohnya "Untonglaaa" or "Tak mampu la akuuu"... walaupun dihujung ayat akan ada "hahahaha" sebabnya nak jaga hati korang..

Nampak tak point aku kat sini, kita ni kadang2 dalam bergembira and keterujaan perkongsian media sosial ni, kita terlupa yang agama ada mengajar kita untuk bersederhana. My Mom ajar aku benda simple je.. "Kalau kita berkemampuan dan boleh berkongsi dengan orang lain, kita kongsikan kasi sama merasa, tapi kalau kita tam mampu nak berkongsi rasa, janganlah ditunjuk2 nanti kesian pada yang melihat,..takut dia rasa tak berguna or tuhan ni tak adil dengan dia" simple as that.



Perbanyakkan perkongsian berilmiah is better dari perkongsian yang boleh mengundang anasir Jeles, Dengki, Riak, Takabur segala tu betul tak. Berpada2 dalam berkongsi sesuatu di media sosial. Bagi aku satu je, yes media sosial tu hak milik peribadi, akaun aku..aku punya sukalah nak update dan buat apa pun tapi itulah "Tak semua orang suka kita sebagaimana tak semua orang kita suka" Tak gitu???


You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...