Sony Xperia Z5 Premium atau iPhone 6s Plus

Assalamualaikum...

Minggu ni para follower dunia teknologi memang pening kepala bila satu demi satu pengeluar telefon pintar terkemuka dunia berlumba lumba menunjukkan karya agung terbaru diorang. Aku sendiri follow news diorang dari satu blog ke another...kontennya sama aje dan yang paling menarik bila kebanyakkan pengeluar telefon pintar ni still gunakan teknik penambah baikan yang seminima mungkin terhadap peranti terkini diorang..harga pulak??? Hahahaa...macam biasa, barang baru mana mungkin ianya murah kan.

Paling mengejutkan aku adalah harga Sony Xperia Z5 ... memang diluar jangkaan. Harga handphone kini boleh mencecah RM4K++.. hebat kan. Kalau dulu kebiasaanya ak akan kaitkan handphone mahal dengan penawaran minima jatuh kepada iPhone..tapi sekarang Sony pun ambil langkah yang sama.

Sony kali ni memperkenalkan 3 variasi Xperia Z5 dengan harga yang hmmmm.. Xperia Z5 Compac, Z5 dan Z5 Premium. Harga bagi Xperia Z5 Compact saja dianggarkan bermula dari harga RM2800++ dan bagi yang Premium boleh mencecah RM4500++. Perbezaan kali ni adalah penambahan megapixle camera dan pencahayaan yang kononnya mengunakan teknologi 4K. Dikatakan juga bateri mampu bertahan sehingga 2 hari. Aku andaikan mungkin boleh 2 hari dengan syarat tidak gunakan sebarang internet atau permainan dan video lah...just basic. Lain2 still sama dengan rekaan yang masih lagi tidak berubah ... hanya sedikit tacapan dengan penawaran harga yang melampau. Strategi perniagaan... anda mampu, silakan..rezeki.



Pihak Apple pulak kali ni memperkenalkan IPhone 6s dan 6s Plus yang mana seperti kebiasaannya "S" bermaksud penambahbaikan minima bagi jenama Iphone yang terdahulu. Kali ni pihak Apple memainkan gimik "3DForce Touch" yang mana dikatakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada penggunanya. Sistem 3D Force Touch ini akan memudahkan pengguna untuk melakukan sebarang applikasi tanpa perlu banyak pergerakan. Harga penawaran bagi barangan Apple adalah seperti biasa tidak murah. Ianya dikatakan bermula dari harga RM2699 bg IPhone 6s dan RM3155++ bagi IPhone 6s Plus.



Kedua hanphone ni menarik minat aku dari awal lagi walaupun dunia selalu memandang saingan diantara Apple dan Samsung. Kekuatan bagi Iphone dan Xperia Z series bagi aku adalah ciri ciri unik dan jenama mereka. Setakat ni, cuma 2 jenama ni yang betul betul boleh buatkan aku berlapar gara-gara nak jimat duit untuk beli peranti keluaran mereka... tapi aku lebih suka mengamalkan gaya "Syukur apa yang ada" daripada "Biar papa asal bergaya"

Apa kata korang??? Berbaloikah penawaran harga dengan penambah baikan yang diberikan kepada peranti mereka??? Ada yang dah berkira-kira hendak mula berjimat untuk mendapatkan peranti ini bila ianya mula ditawarkan di Malaysia kelak???

Popular Posts