Meizu Pro 5 kini rasmi diumumkan :- Bakal Tiba di Malaysia November ini

Thursday, September 24, 2015 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...

Semalam pihak Meizu akhirnya mengumumkan peranti baru keluaran mereka dengan keluarga baru iaitu dibawah keluarga "PRO" diiringi MX dan NOTE sebelumnya. Pada majlis yang sama pihak Meizu turut memperkenalkan logo terbaru mereka bagi penjenamaan yang terkini dan lebih "remaja" dimata penguna.

Meizu Pro seperti namanya lebih memfokuskan kepada peranti berstatus premium dengan penawaran binaan  yang lebih premium dan kualiti spesifikasi yang lebih baik daripada MX dan NOTE sebelum ini. Meizu Pro 5 merupakan peranti pertama didalam keluarga "Pro".


Seperti kebiasaan, Meizu masih lagi mengekalkan rekaan ikonik mereka seperti sebelumnya. Menawarkan binaan berasaskan logam dengan skrin BERSIAZ 5.7' ianya turut kelihatan sedikit melengkung dihujung skrin  dengan teknologi kaca 2.5D yang ditawarkan.

Pihak Meizu berkata, biarpun mereka mampu menawarkan paparan 2K terhadap telefon pintar ini, namun bagi mereka ianya masih tidak relevan untuk digunakan memandangkan mata manusia tidak mampu untuk membezakan perbezaan yang kecil. Hasilnya, mereka menawarkan skrin beresolusi 1080p sahaja dan ianya secara tidak langsung mengoptimumkan jangka hayat bateri peranti tersebut.

Bagi memastinya Pro 5 setanding dengan peranti spesifikasi tinggi pengeluar lain, pihak Meizu telah mengunakan teknologi terkini daripada Samsung. Pengunaan cip-lapan-teras Exynos 7420 daripada Samsung dikatakan berlipat kali ganda lebih baik daripada Snapdragon 810. Ianya turut akan membantu dalam penjimatan pengunaan tenaga. Pihak Meizu turut menawarkan pengecasan pantas sehinga 65% dalam tempoh 30 minit disamping pengunaan USB Type-C yang kini digunakan kebanyakan pengeluar peranti baru.

Bagi kamera pula, pihak Meizu mendapatkan khidmat Sensor IMX320 daripada Sony dalam menawarkan rakaman yang pantas. Disokong dengan Laser-Autofokus, setiap gambar dan rakaman yang dihasilkan adalah lebih jitu dan pantas malah ianya turut menyokong rakaman 4K.

Meizu PRO 5 Specifications
SoCSamsung Exynos 7420

4x Cortex A57 @ 2.1GHz +
4x Cortex A53 @ 1.5GHz  

Mali T760MP8 @ 770MHz  
RAM3 / 4GB LPDDR4-3200
NAND / Storage32 / 64GB UFS 2.0
+ microSD
Display5.7" 1920x1080 SuperAMOLED
2.5D Gorilla Glass 3
Network2G / 3G / 4G LTE
FDD-LTE / TD-LTE / TD-SCDMA / WCDMA / GSM
(Chinese Bands)
Dimensions156.7 x 78 x 7.5 mm
168 grams
Camera21.16MP Sony IMX230 sensor F/2.0 Main camera
w/ Laser + PDAF auto-focus
w/ Dedicated Samsung ISP

5MP F/2.0 Front camera
Battery3050mAh
OSAndroid 5.1
with Meizu FlymeOS 5.0
Connectivity802.11 b/g/n/ac + BT 4.1 + BLE, GPS/GNSS
USB Type C
SIM SizenanoSIM + nanoSIM
or 
nanoSIM + microSD     



Meizu Pro 5 juga membawa sedikit perbezaan berbanding peranti Android yang lain yang mana ianya tidak menawarkan butang "Back". Dibawah saya sertakan ulasan ringkas berkenaan system OS dan ketiadaan butang "Back" yang telah diguna dan diulaskan sendiri oleh team Amanz.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


FlymeOS Dengan Penggunaan Tanpa Butang Back
Pada telefon pintar keluaran Meizu, mereka menggunakan sistem operasi Android dengan pengubah-suaian tersendiri dinamakan sebagai FlymeOS. Meizu Pro 5 hadir menggunakan Flyme 4.5, tetapi ia akan menerima kemaskini kepada Flyme 5.0 pada bulan November kelak.
Flyme membawakan rekaan antaramuka yang sangat kemas, malah kami sendiri amat tertarik dengannya. Namun, salah satu cabaran pada peringkat awal penggunaan adalah ketiadaan butang Back pada peranti Meizu ini.
Untuk ke belakang daripada satu aplikasi ke yang sebelumnya, Meizu menggunakan butang Home, dimana pengguna hanya perlu tap sekali, dan ia akan berfungsi sebagai butang Back. Meizu memanggil sokongan ini sebagai mBack. Butang Home ini juga turut mengintegrasikan fungsi pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk mengakses peranti – dan turut menggunakannya untuk pembayaran di China.
Penggunaan Flyme juga turut mengintegrasikan beberapa fungsi gesture, termasuk penggunaan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin.
Untuk mengakses halaman aplikasi yang dibuka pula, pengguna perlu swipe daripada bawah skrin sedikit ke atas, dan ia akan memaparkan ikon-ikon yang sedang berjalan di latar.
Flyme
Flyme
Flyme

Telefon pintar Meizu Pro 5 ini boleh dikatakan membawakan rekaan yang menarik, serta sistem operasi yang sangat kemas dan mudah digunakan. Pada awalnya, ia agak janggal untuk menggunakannya tanpa butang Back, tetapi selepas seketika pengguna boleh serasi dengan sistem operasi berkenaan dan menggunakannya tanpa masalah.
Meizu Pro 5 ini akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan November ini, dan kami berharap ketika ia dipasarkan di Malaysia, ia hadir dengan sistem operasi Flyme 5.0 yang telah mengatasi beberapa masalah ketika rakaman gambar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa kata korang dengan peranti dari China ini??? Bagi aku ianya menarik dan berbaloi dibeli itupun kalau kena dengan harganya lah... Kita tunggu dan lihat penawaran harganya bila ianya dipasarkan di Malaysia kelak.


You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...