Group Mengumpat di Whatsapp/Wechat/etc

Tuesday, September 22, 2015 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...



Sebagai orang Melayu mesti dah terbiasa dengar peribahasa Kerana Mulut Badan Binasa kan... tapi zaman sekarang macam2 dah, contohnya kerasa text/chat kat whatsapp,wechat habis hubungan binasa..huhuhuhu



Aku nak relatekan benda ni dengan perhubungan ditempat kerja. Well, sebagai seseorang yang makan gaji semestinya kita akan ada rakan sekerja kan dan tidak semuanya kita rapat dan cuba korang ingat2 balik, pernah tak korang bergosip pasal perihal rakan sekerja yang lain??? Haaaa..kantoi, mesti ada kan. Ingat cakap malam dengar dengar, cakap siang pandang pandang...sedangkan dinding pun sudah ada telinga inikan pula dizaman serba canggih macam sekarang ni.


Tapi kan, kononnya nak selamat laa... ubah taktik bergosip dibuat pulak group gosip dalam wechat/whatsapp segala tetapi itulah dia, kita akan ada rakan2 yang spesis talam dua muka, bagaikan lalang segala..depan kita pijak semut pun tak mati, belakang kita habis kau dicaci makinya dan hasilnya habislaa segala gosip2 liar yang korang sembangkan di dalam group akan di"printscreen"kan dan diajukan kepada pihak pihak yang berkenaan...huhuhu

Boleh korang bayangkan tak bila situasi macam tu terjadi. Aku bila bab group chat ni aku lebih bersopan dan berfikir sebelum send sesuatu perkara sebab sekarang ni "no one can trust" melainkan mak abah kita la kan. Bila perkara2 mcm "printscreen" ni terjadi, mula akan menimbulkan rasa tak puas hati dan seterusnya merosakkan hubungan ahli2 dalam group tu yang dulu kononnya BFF.

Bagi aku itulah dia "Karma" dalam kepercayaan Hindu lah. What you give, you will get back. Contohnya Aku dan Ko mengata dia, dan aku yang Ko dan Dia juga mengata aku..hahaha...simple as that beb.



Bila benda2 macam ni terjadi dalam institusi tempat kita bekerja, aku lebih suka guna pendekatan tadah telinga dan zipkan mulut. Aku dengarkan ajelah apa yang orang nak kongsikan pada aku, tapi bila diorang tanya balik dekat aku apa sebenarnya blablablaa nak minta aku gosip dan ulaskan sama memang tak lah. Aku sendiri tak pasti cerita yang disampaikan tu sahih ke tidak, so kenapa aku perlu tambah perisa dan sampaikan cerita yang tidak pasti kebenarannya kan. Jangan nanti takut tersebar Fitnah pulak. Sebagai Muslim kena ingat Fitnah tu antara dosa besar tau.

Pernah tenguk rancangan Gosip kat TV3 tak?? MELODI..yang entah banyak fakta atau Fitnah semata tu...bagi aku, kita ikut jelah tagline dia.. Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi, Berdiri di Atas Kaki Sendiri..hahaha...tagline bagus, tapi intisari rancangan tu...hmmmm dedah aib orang sokmo..

Geleng kepala la weiiii...dan disebabkan itulah aku Paling Menyampah Bila ada yang invite masuk group bagai2 then dalamnya duk gosip pasal hal orang A,B,C,D-Z macamlahh xde kehidupan sendiri yang hendak dijagakan..uhhh.... macam2 hal...penin2

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...