Blogger Pilih Bulu ;- Betul ke niee...ye ke.. ye kee

Sunday, September 27, 2015 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...



Duk golek2 aku xleh nak tido...so sambil2 layan twitter, buka newsfeed kat app feedly ak.. ternampak satu entry yang buat ak nak ulas sama hal " Blogger Pilih Bulu" ni...tu entry blogger Ikhwan Yusuff ye...dulu ak pernah ungkitkat hal yang sama dalam entry Blogging Semakin Boring .

Bila aku baca entry dia pasal hal tu, aku teringat balik zaman mula2 aku start berblogging ni. Time tu ak terpengaruh dengan si Haniz Zalikha ko tau dak..muahaha. Aku nampak dia cecomel as guest jemputan kat WHI...so die perkenalkan blog die and ak tertarik nk ade blog jugak. Tapi time tu ak tak berapa reti lagi nak membebel macam sekarang ni...so buat blogshop lah kononnya.

Design la blogshop yang xrupe blogshop pon...feeling je time tu itupun satu entry je..haha. Then ak start godek2 and buat tinjauan rambang dekat blog orang lain. Mula dapatkan idea dari cara penulisan diorang. Time tu fenomena copy & paste melanda diri aku almaklum sambil2 cari bahan untuk asgmnt sambil tulis blog copy paste. So blog ak ni hmmm ak pakai main petaram je dulu.

Then aku follow blogger femes amous Ben Ashaari yang dulunya bagi aku blogger kontes or segmen..kekadang sampai 5 entry sehari dia buat and semuanya entry pasal segmen itu ini. Aku dulu xfaham apa motif segmen ni segala sampaila ak tenguk bahagian komen semuanya da ayat "saya dah follow , jom la follow blog saya balik". Erkk...fenomena xtahu malu "yuk follow yuk" ala2 jiran kita ada dalam dunia blogging ni. Aku pun terjebak sama ...hahaha, asalkan ak follow blog someone aku akan tinggalkan jejak dekat bahagian komen disertakan link ke blog aku dengan harapan si blogger tu akan follow balik lah.

Tetapi, x semua blogger akan follow tahu dok. Nak2 yang da ada follower ribu2 ni lah..yang newbie semua still kehausan follower...still mesra saling berbalas komen. Yang dah femes ni macam susah sikit. Memula dulu la aku main follow je sampaila ak perasan ak follow blogger yang kebanyakkannya entry dia entah la..kelaut, xde input berguna untuk ak..harapkan follower diorang je ramai. Sejak tu aku mula memilih blogger untuk difollow.

But then bila fikirkan balik sebenarnya setiap blogger ada keistimewaan dan cara diorang yang tersendiri. Yelah blog ni medium penulisan. Tak semua mampu menulis penulisan ilmiah dan tak semua suka membaca penulisan berbentuk ilmiah sangat. Sebab tu lah pentingnya ada variasi dalam dunia blog ni. Aku suka bila ada yang sudi berkongsikan pengalaman dan cuba bagi kita buka mata dan ambil iktibar dari pengalaman diorang.

Sekarang ni aku perhati ramai blogger yang ak follow dulu dah stop menulis. Blog diorang pun dah berbulan x berupdate ada yang bertahun dan aku ingat nak unfollowlah blog2 tu semua. Aku sekarang aktif dalam follow blog2 baru cuma bezanya sekarang aku dah tak tinggalkan ayat "saya dah follow blog awak, follow la balik ek"///hahaha...myb ak yang akan rugi sebab xtinggalkan ayat tu but then xpelah...ak nak diorang follow atas sebab diri sendiri nak follow bukan atas ajakan ak..lagipun ayat mber ak dulu sampai sekarang berbekas kot..

"Hai...blog xramai follower, sendu tak laku...tak malu ke duk update selalu" goshhhhhh....

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...