Aidil Adha 2015 ;- Syukur nikmat Pengorbanan

Friday, September 25, 2015 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, syukur dapat jugak merasa melapah lembu sendiri kali ni..selalunya aku just berbaris ambik daging korban yang dah siap dilapah aje. Tahun ni aku jadi macam bidan terjun sikit...x plan pun nak melapah tapi tulah dia..haha

Awal pagi 7.30am adik aku dah keluar umah...uishh...awal sunggoh, semangat dia..ak plak time tu still blur2 lagi. Jam 8.00am baru kalut bersiap...elok sampai masjid Imam dah mula iqomat dah...klu lambat sikit memang bye2 la jawabnya.

Selesai je khutbah raya..jemaah pun bersurai. Aku tercari-cari jugak mane binatang korbannye? Takde nampak pun kambing ke, lembu ke yang tertambat. Aku fikirkan myb nak disembelih dekat padang surau lama kot. Pegi lah kesana dengan baju melayu meroon n moto merah aku tu. Pusing2 takde..patah balik ke Masjid tadi and nampak banyak bhaiya bhaiya ni pakat berposing...selfie reramai, dah kenapa...datang makin dekat upenye selfie dengan lembu...adeh...kat situ upenye. Ade 6 ekor semua skali ditambat.

Aku ni jenis xleh tenguk binatang kene sembelih..nanti mula rasa kesian, da xleh makan...so before ibadah korban tu dilaksanakan ak gi duk jejauh dulu. Dengar la dengusan lembu tu..dah selesai ak usha...motifnya nak usha aje, xde terfikir pun nak tolong melapah ape..hahaha...ye r, baju melayu siap bersampin kot. Then, elok ak tenguk orang semua busy melapah dah and entah sejak bile entah ade pulak pisau dekat depan aku.

Ade pak cik sorang ni terus panggil ak dia ckp "nak, tolong angkat daging ni ke sana...pegi lapah sana dengan budak-budak tu". Fuhh... nak kata salah langkah rasa bersyukur jugak sebab dapat pengalaman camtu, tapi tulah habis baju melayu aku berbau lembu. Orang lain baju biasa seluar jeans je kot...aku yang nampak over bebenor..hahaha, bidan terjun...adehh. Pastu macam biasa lah orang2 tua kan, disoal siasat la kita.." ehh, kamu ni anak sekian2 kan...mak kamu ape khabor, sihat ke...buat ape, da kawen ke..blaablaablaa..." adehhh

Ade sorang pak cik ni ajak aku datang beraya umah dia...tapi yang tak menahannya tu siap promote "kamu jangan lupa datang ye, anak pak cik ada tu kat rumah cuti sem" .. ak pun krik2 senyum and anggokkan ajelah... petang tu nak xnak mai jugak la...hahaha...ape jadi..jeng jengg jengg... she gojes..tettt

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wokeh...Korban, apa yang korang dapat simpulkan pasal perkataan Korban? Bekorban apa saja, harta ataupun nyawa.. itu kata P.Ramlee...korang pulak?

Pengorbanan tu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, emas atau apa saja harta dunia ni. Bagi aku pengorbanan adalah sesuatu yang tiada nilainya. Contoh bagi aku sendiri la kan, mak aku sanggup bekorban jual rumah kitrg gara2 nak bagi aku adik bradik dapat belajar sampai ke menara gading...itu satu pengorbanan yang mustahil akan aku lupakan..Aku ingat lagi time tu pertengahan 2013, aku baru sem 2..adalah sedikit masalah yang entah jadi kroniknya sejak bila tau2 je mak ak cakap rumah nak kena jual..itupun lepas dia nampak aku beria beli tong cat sebab nak tukar warna rumah. Myb mak ak tak sanggup kot tenguk aku beria nak cantekkan rumah yang dah nak dijual..huhuhu.

Bila aku tahu je, terus ak ambik keputusan stop belajar. Memang kena marah but xpe, aku bukan stop..cuma tangguh kejap je...ada rezeki masa aku sambung balik...itu ayat aku pujuk mak aku la, padahal diri sendiri dah tertongeng atas sejadah nangis tahu dok....haha..memori. Adik aku time tu xtau pun, aku bagi laluan dekat dia selesaikan study dia sebab dia dah final sem...tinggal praktikal je..sayang kan kalau dia jadi macam aku. So, bila rumah kena jual..ak pulak benti blajar segala perhh banyak betul gosip liar melanda. Mula ada suara2 sumbang sindir menyindir. Ak cakap kat mak abaikan ajelah..diorang xtahu cerita...tapi tahu jelah kan, macam dalam drama2 melayu, orang tua ni jenis sensitif sikit..kita yang muda ni boleh lagi wat donno. So aku ambik keputusan ajak mak pindak kat taman lain...at least xde la bunyi2 sumbang sangat...itu belum lagi masuk bab ada aje cacian orang keliling yang pandai bercerita tapi xtahu sinopsis sebenar...haishh..tapi itu bagi aku la kan.

Lepas keadaan jadi reda, adik aku pun selesai praktikal dia...mak aku suruh aku habiskan balik apa yang aku mulakan dulu, sayang tinggal sikit je lagi nak habis katanya. Tapi time tu aku da start mula main dengan duit dah..hahaa. Gaji dah masyuk..memang sayang nak berenti sampaila aku fikir dalam2 and minta nasihat dari member2 baik aku. Alhamdulilah ak cekau dedua..biar lambat sikit janji sampai ke garisan penamat orang cakap.

Syukur nikmat dengan pengorbanan mak aku tu. Melihat dia yang sanggup jual rumah demi pengajian aku, menyebabkan aku sendiri sanggup tangguh belajar kejap dan bagi laluan dekat adik aku dan sekarang alhamdulilah kitrang dah boleh berbangga bercerita pasal hal yang dulunya malu yang amat nak dicerita. Kalau dulu orang tanya kenapa jual rumah, kenapa berenti belajar segala...terkulat kulat nak berjawab..tapi bila semua tu berlalu dan hasilnya kini ada...kami tak segan silu bercerita sebab itu pengorbanan ibu kami sendiri untuk masa depan kami.

Anyway, Salam Aidil Adha kepada semua terutamanya kepada korang yang sudi singgah dan membaca blog sendu aku ni..bak kata kawan sorang tu lah, blog xde follower lagi ada hati menulis...adehhh... manusia, xpernah puas cari kesalahan orang kan..haha..

Maaf Zahir dan Batin... Salam Kelembuan buat semua....Bohhhhhhhhhh ;P

p/s : Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada jemaah haji yang terlibat dengan insiden rempuhan di Mina. Moga Tenang Di Sana. Al-Fatihah...

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...