Blogging semakin Boring???

Assalamualaikum...


Rutin malam aku selalunya bila dah bergolek atas katil tu aku akan ambik tab aku and gune applikasi feedly. Aku login guna akaun google so semua bahan bacaan yang aku subscribe feed diorang akan automatik dikemaskini dalam feedly begitu jugaklah dengan blog blog yang aku follow. Asalkan ada new entry je yang diorang tulis akan automatik update dekat feedly ak , makanya penulisan diorang lah yang jadi bahan bacaan aku sebelum terlelap dibuai mimpi.



Tapi kan, sejak penghujung tahun lepas sebenar benarnya lah...dah makin kurang blogger yang update blog diorang. Aku yang jarang stalk secara direct ke web blog diorang dengan gigihnya laa p godek satu per satu, yup..memang banyak yang dah pencen...kebanyakkan dah bersara mungkin. Entry terbaru pon adalah dalam 2 tahun lepas punya...ada jugak yang update 6 bulan sekali dan tiap kali update ayat akan sama "blog dah berdebu" muahaha..macam ayat ak jugak hmmm

So persoalan aku, adakah blogging dah makin ditinggalkan??? Yelah sekarang kan orang lebih gemar berFacebook, berTwitter or Instagram segala... Blog ni leceh sikit kononnya laa..yelah nak menaip panjang lebar segala. If macam Instagram, cukup dengan selfie mulut itik dapat like berkilo2, dah pemes macam Cik Mawar Sendu..ehhh #BukanIkonBelia

Akaun feedly aku sekarang ni cuma dipenuhi dengan coretan blog dari blogger Ben Ashaari, Amanz, Mat Gebu and a few tech blog dari luar negara...hemmm, kalau dulu tiap malam akan ada je bahan bacaan tentang kehidupan manusia yang boleh aku ambik iktibar dan pengajaran tapi sekarang tak lagi.

Aku bukan jenis gemar baca blog artis, so blog2 yang ala2 macam tu aku tak subscribe...makanya Krik krikk laa malam aku kalau blogger2 yang aku sebut tadi tu tak update. Tapi asenye insyaAllah Amanz dan Ben Ashaari nie xde tanda2 pencen pon..hendaknya lah ye..hehe. Nak tak nak, aku kena buat upacara pembersihan sikit..mana blog yang dah kompom2 pencen contohnya entry terakhir dia dekat 2 tahun lepas terpaksalah ak unfollow, aku nak follow blog2 baru yang aktif pulak.

Aku mula berblogging zaman aku study dulu, sekarang dah kerja...hmmm adakah ini menandakan aku still tak berganjak dari tempat yang sama atau diorang yang sudah mula beralih arah??? Huhuhuhu....ber krik krikkk lahh sayaaa nanti weii

P/S : Korang yang aktif berblogging, komen bawah tinggalkan link aku nak follow woii..kembalikan bahan bacaan dimalam hariku... sekian

Popular Posts