wechat ak melucahkan...tips menjaga keselamatan akaun sosial korg

Monday, March 16, 2015 Nizam Riadzi 0 Comments

Waktu ak berumur belasan tahun...era myspace masih lagi memonopoli dunia sosial media...dan ketika itu ak mengunakan nama pena yg sangat kebudak budakan....pelbagai jenis nama yg tidak matang ak pernah gunakan sehinggalah ke zaman facebook.... "Blubblub / Carlo / indraloka / etc " itu antara nama yg boleh buat ak tergelak bila memikirkan apa ajelah la buat ak tergerak nak letak nama pelik2 macam tu dulu.

Begitu jugaklah dengan username utk alamat email. Email pertama yang ak gunakan adalah daripada yahoo dan ak gunakan id tengku sebagai alamat email dengan feeling konon2nya ak dr kerabat diraja kerajaan pasir dua butir..hahaa...

Namun..bila semakin dewasa dan ak mula sedari bertapa pentingnya nama pena yang kelihatan lebih profesional..maka ak mengunakan gambungan nama ak dan abah sebagai nama pena rasmi yang kelihatan profesional. NIZAM RIADZI telah ak jdkan nama profesional utk semua akaun sosial ak...itu termasuk jugaklah utk alamat email yg mana sekarang ak telah pun beralih kepada Gmail yg bagi ak lebih sesuai kerana meliputi hampir semua yg ada digunakan ak dalam kerja seharian.

Bilamana ak mngunakan nama profesional seperti ini ak tidak lagi rasa terkebil2 hendak mencari nama lain sebabnya nama ak sendiri sudah dikenali org malah lebih senang diingati daripada nama yang pelik2 pernah ak gunakan sebelum ini.

Namun...semua ini jugak menyebabkan sedikit masalah bila ada akaun sosial yang tidak mesra pengguna. Sebagai contoh...sebelum ini aku mgunakan akaun wechat dgn id nama quenizam dan bilamana ak ingin menukar nama id ianya tidak dibolehkan atas dasar ketetapan yg telahpun diberikan. Tiada sebarang kebolehan untuk.menutup akaun telah ditetapkan. Berbeza dengan facebook...ak boleh mendelete akaun yg tidak lagi mahu aku gunakan...namun tidak bagi wechat.

Maka ak telah mengambil jalan panjang dengan mendelete satu persatu status didalam akaun wechat lama dan tidak meninggalkan sebaranf jejak penggunaan disana. Setelah selesai ak terpaksa sekali lagi mereka akaun sosial wechat yg baru dengan nama yg ak inginkan. Perkara ini semestinya merumitkan namun demi memudahkan rakan2 mencari ak dengan cuma satu nama maka ak tetap lakukan juga

Namun..semua ini tidak bermakna selagi akaun lama tidak dipadam sepenuhnya. Sebentar td seorang rakan zaman universiti telah menghantar screenshoot kepada ak utk.mgesahkan sama ada betul atau tidak akaun wechat sekian2 adalah kepunyaan ak. ID akaun tersebut sah milik ak...akaun yg telah lama ak padam secara satu persatu...namun gambar profilnya menampilkan gambar yg cukup lucah... lelaki dan perempuan melakukan hubungan suami isteri. (Pix xdpt ak sertakan..bygkan sendiri..muahahaha)

Perkara seperti ini semestinya boleh mengaibkan ak sekiranya ada antara rakan2 yg tidak tahu bahawa ak telah tidak mengunakan akaun tersebut dan persoalannya jugak bagaimana gambar itu bertukar sedemikian???

Dengan.mendapatkan bantuan beberapa rakan yg pakar dlm IT..kami telah dpt mengesahkan bahawa akaun tersebut telah diguna pakai org lain dgn pengesahan no telefon lama yg telah didaftarkan keatas akaun tersebut.

Beberapa langkah telah diambil seperti menbuang segala status yg mengarut serta gambar tidak senonoh diatas nama ak tadi. Kami jugak telah menghantarkan email kepada kumpulan sokongan wechat untuk segera membuang akaun tersebut kerana ianya telah disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Sekiranya korg menghadapi masalah yg sama seperti yg ak hadapi...ak nasihatkan agar terus menghantar email kepada kumpulan sokongan wechat kerana perkara ini boleh menjejaskan imej kita sendiri. Selain daripada itu sila pastikan korg tidak menyimpan atau berkongsi akaun dengan sesiapa kerana sekarang ini tiada siapa yg benar2 jujur boleh dipercayai. Ingat tak semua suka kita bahagia...jadi sila pentingkan keselamatan diri dan akaun sosial kita dahulu.

Ak harap apa yg terjadi pada akaun ak dapat dijadikan pengajaran. Sila pastikan semuanya selamat dan yg pastinya ingat..apa saja yg kita kongsikan di laman sosial bukan saja boleh diakses oleh kita..tapi pihak ketiga yg berniat jahat juga.

Sedikit tips untuk memastikan akaun kita selamat :

- pastikan username yg anda pilih
- ingat kata laluan dan gunakan kata laluan bahasa MELAYU kerana ianya lebih susah untuk digodam
-jangan gunakan tarikh lahir sebagai kata laluan
-jangan setkan ingat kata laluan sekiranya korg berkongsi komputer
-pastikan reset telefon pintar korg b4 dijual kembali ke kedai atau pihak ketiga agar tiada sebarang dokumen kita yg tertinggal didalamnya.
-jangan mudah percaya org...ini paling penting

Adiossaa

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...