Apa jadi lepas SPM??

Wednesday, March 04, 2015 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Tahniah buat semua adik2 yang dah pun dapat result...tak kiralah engkau tu Straight A's ke...G's ke...janji dah lepas SPM...kire dah syukur ya amatt dah kan...muahaha...aku dedulu rasa camtu r...Alhamdulillah..syukur...yeayyyyy...tak payah pegi sekolah dah, tak payah berbaris tiap pagi and kena spot check tetibe dengan pengawas...xyah lagi takut2 bawak digimon device ke mana-mana (ni cite zaman aku la woii...)...but pas sebulan dua...MENDAPPP...RINDU NAK PAKAI BAJU SEKOLAH BALIK....sadehhh

So, what happen after SPM??? Hemmm..for surelah ramai yang menantikan tawaran kemasukan ke univerisiti/matrikulasi/latihan giat mara segala kan...yes...banyak cabang yang adek2 boleh pilih...teramat banyak sampaikan pos peti surat korang pun mesti dipenuhi dengan tawaran tawaran yang tak masuk akal oleh kolej-kolej swasta yang dahagakan duit adek2 and adek2 akan dinasihatkan supaya usah bimbang dengan perbelanjaan dan yuran semua kerana PTPTN KAN HADOOOO!!!!!!! Hadoo ke hadoiii nanti hoiii...nanti abam story lain ek..hehe

Bak sini abang kongsikan sikit ape yang sepatutnya korang dah pun buat...well2, since PLKN ditangguhkan untuk tahun ni, so korang2 tak payah nak rungsing2 pikir takut kena buli or kulit jadi itam legam macam ak dedulu...dah leh relax enjoy jadi penggangur tak cukup umur yang boleh minta duit parent dengan selambanya...makkk...nak singgit, nak pegi kedai beli cecoki...ihikk sangat korang time tu kan..lolll hambar

Lepas ni. korang akan dapat banyak tawaran kolej swasta...so if ada yang berhajad hendak melanjutkan pelajaran di kolej swasta ni..make sure korang fikir masak-masak and bincang bebetul dengan parent...JANGAN DENGAN KAWAN ye...sebab kawan pon follow kawan lain jugak...yang membayar duit makan minum korang nanti PARENT ye...bukan kawan, kawan tu silap aribulan minjam duit korang lagi hado...so bawak bincang dengan family bebetul dulu.

Ketahui minat dan keterujaan korang dalam sesuatu bidang dulu..macam ak, ak memang sangat minat dunia bisnes...well latar belakang family ak semuanya buka bisness...so mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi kan...tenguk mana korang minat, mana yang korang rasa yes...I wanna be this, so I should do this..and bukan yes, kawan aku nak belajar ni, tak pe lah, join jelah..at least ade kawan, xde la takut sangat....frenz forever kan..you jump i jump..you fail i fail...kite dedua kena kejar ptptn..loll lagi..phewww

Next...pilihan nak sambung belajar banyak...pilih mana korang nak..pilih aje, no worry ptptn ade sedia membantu sampai nanti dicekiknya...k fine. IPTA/IPTS/Kolej/Politeknik/Kolej Vokasional/IKM/IKBN/STPM...blaablaablaaaaa...sangat lah banyak...korang pilih aje mana yang berkenan di hati dan berkesesuaian dengan minat.

Usually la kan, bagi golonggan yang A++ dapat A's manjang...diorang insyaAllah akan ditawarkan ke matrikulasi/IPTA utk Asasi/or dihantar ke luar negara bg yg bernasib baik lah kann....so aku andaikan diorang ni dah no worry dah sebab usually bebudak cerdik pandai camni memang dah aim awal2 dah ape yang diorang nak...dah ade yang menasihat awal2 dah...so sekarang aku nak nasihat dekat bebudak yang slowpok macam aku dedulu..

Result SPM ak dulu agak hancus jugak lah...aku ambik 13 subjek...and ADD MATH aku dapat G+...muahaha...yang lain semua B+...itu aje lah..aku dapat tawaran matrikulasi tapi untuk intake 2....diorang cakap la kan..kata kata orang yang suke lekehkan orang la ni naa..diorang kata bebudak yang intake ke 2 ni bebudak bebal yang second hand tak dapat intake pertama...so ak agak perhhh..vavi tau sape cakap macam tu, itu mesti geng langsung tak lepas nk isi borang matrik la tu...haha, ak pujuk hati dengan maki hamun diorang balik dalam hati...

Aku dipujuk member untuk join diorang study kat politeknik ambik diploma...diploma masanya 3 tahun...hmmmm....ak yang masa tu masih lagi manja dengan mak..yelahh ak tolong mak meniaga lauk bawak pokok dulu, so if aku pegi study politeknik siapa pulak nak tolong mak time tu kan...pikir panjang ak cakap ak xmau and ak join jadi budak sekolah balik...aku masuk tingkatan 6 ambik STPM.

STPM ni orang cakap azab die nauzubillah payahnya...budak2 yang gila buku je boleh ambik exam STPM...hmmmm...idok jugak...STPM ni ambik masa dalam 1 tahun setengah...kire macam 3 sem la dekat universiti...so, belajar dalam tingkatan 6 ni serius tak stress sebab suasana masih lagi dalam kawasan sekolah...time tu kitrg still pakai baju sekolah not mcm sekarang yang sah2 bebas like2 budak U dah...nama pun Pra-Universiti kan... Cara pembelajaran agak berbeza, tidak lagi disuap selalu cikgu, kitrg lebih kearah perbincangan n perbentangan...most of the time cikgu xde sebab nak bagi kitrg belajar sendiri..and tahu jelah bila student skolah belajar sendiri macam mana kan...hahaha...siap bawak papan crome main dalam kelas...bebudak SPM jeling jeles je tenguk akak2 n abam2 yang gila tak belajar main dalam kelas...

Untuk pengetahuan korang, STPM ni taraf die sama dengan DIPLOMA tahu...so korang jangan down plak bile member korang yang study kolej tu jumpa korang and cakap, ehhh ko STPM je, aku DIPLOMA kot...padahal tarafnya sama aja dong....thus korang tak payah nak pinjam PTPTN segala lagi sebabnya korang cuma perlu bayar yuran sekolah n exam MUET..itu je... (most recomended)

If korang ni jenis tak minat nak membaca, jenis lemau aje bila study...jangan risau..korang join je bahagian vokasional..for your information, adik aku jenis camni..die memang a bit slow dalam pembelajaran sampai mak aku pun risau la....result spm x payah cerita..agak kelaut sesangat la...and kitrg hantar die ke IKM...dia study elektrikal...dan tahukah anda belajar elektrikal adalah amat menguntungkan sebabnya bila kau dah dapat lesen akan ada banyak tokey2 kaki kencing yang berminat nak sewa lesen engkau tu if engkau malas nak buka perniagaan sendiri...harga lesen untuk disewa leh cecah ribuan ringgit sebulan..kire untung atas angin jelah...but if kau pandai niaga, insyaAllah RM15k sebulan dalam tangan...macam adik aku buat sekarang, alhamdulillah hidup aje...die jalankan kerja2 kritikal, ak jalankan kerja2 admin...bab2 jumpa client or sembang sebut harga bak sini ak ngejas sebab adik ak isau die kne kencing dengan si kaki kencing...

Nampak tak...no worry ye adik2 semua...korang even xdpt result gempak pon boleh berjaya lagi...no worry..kita kat Malaysia ni boleh dikira bersyukur la jugak sebab peluang belajar tu banyak, if malas baca buku boleh belajar vokasional terus...tak yah sibuk2 nak menghafak fakta segala dah kan..yang penting engkau orang kena rajin lah...

Lagi satu aku nak pesan, if possible kalau korang pinjam PTPTN la kan, make sure korang dapatkan dekan ye, bukan ape sebabnya if korang dekan korang akan dapat tukar pinjaman jadi biasiswa...if not..hmmmmm bayar la sampai ke tua..belum kira bunganya lagi tu...along berlesen halal ni ye adik2...so bijak memilih menang memakai..hahaa...

ni aku bagi contoh la ekk...



kronologi A study : stpm- 1 1/2 tahun
degree : 3 tahun (pinjam ptptn)
master : 1 1/2 tahun
total : 6 tahun

kronologi B study : diploma : 3 tahun (pinjam ptptn)
degree : 3 tahun (pinjam ptptn lagi)
master : 1 1/2 tahun
total : 7 tahun setengah

kronologi C study : sijil vokasional : 3 tahun (pinjam mara/ptptn)
next stage : sambung study or niaga terus...mostly budak akan terus kerja....

Ok, yang ni pulak ak bagi nampak sikit laluan yang boleh korang pilih... 
(copy paste blog cikgu hilmi)

Tingkatan 6
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.


STAM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.



Matrikulasi
Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen, Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi.



Asasi
Program asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke ijazah, iaitu program matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat program asasi, kebiasaannya akan ditempatkan di universiti tersebut selepas tamat program.


PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan selama 4 tahun dengan 1 tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan ditempatkan di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia mengikut pilihan kursus.


Program Persediaan Luar Negara
Bagi program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh daripada pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.



Diploma (IPTA)
Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.  



Diploma (POLITEKNIK)
POLITEKNIK juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian. 



Diploma (IPTS) 
Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!



Diploma Kemahiran Malaysia
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan bidang-bidang kemahiran. Pelajar-pelajar seperti ini boleh memasuki Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi institusi lain. Ianya tidak terhad kepada kemahiran perindustrian sahaja, malah kemahiran seperti bertukang, pertanian juga turut ditawarkan. 



Kerja (5 Tahun Pengalaman)
Bagi yang ingin bekerja dahulu, pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh digunakan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


So, ade nampak bayangan sikit2 tak korang hendak ke mana aje lepas ni??? Any question leh terus tanya sama ak, insyaAllah abang try berjawab lah ye... nak lebih cepat terus direct ask dekat my twitter : @nizamriadzi sana..jangan lupe follow..muehhee

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...