Sempurnakah Dia untuk Aku!!!

Wednesday, February 25, 2015 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

A few nite ago ak dapat soalan ringkas dari seseorang... Do I The Perfect One For ????...ngeeee..hehehe...


So, have you guys ever asking the same question... Aku sangat yakin for sure ramai yang pernah bertanyakan soalan ringkas ni kepada pasangan or diri sendiri... Sempurnakah Aku Untuk Dia, Sempurnakah Dia Untuk Aku???

Why this question timbul??? Well obviously sebab timbul rasa sayang yang mendalam sehinggakan kita mula rasa takut kita atau dia tidak begitu sempurna untuk pasangan kita tu kan...hmmm...

Pernah ke korang jumpa pasangan yang benar-benar sempurna??? Actually banyak pasangan yang teramat sempurna di Mata Pencipta namun cacat di mata hambaNya yang hina...Manusia sendiri yang suka membanding dan membezakan kesempurnaan sesorang...kesempurnaan pasangan..kehidupan malah soal neraka syurga, dosa pahala pun kalau boleh diorang akan pertimbangkan terlebih dahulu sebelum yang Esa menentukannya...sadis kan but this is the reality.

Pernah tak korang terdengar kata-kata dari mulut orang kebanyakan macam "Ehhh, mak bapaknya tak lawa mana..anak cantek cantek..puteh bersih...bijak pandai pulak tu" nahhhh....ayat tu still walaupun macam nak puji anak tu sempurna, but still dikata parentnya buruk...so bukanlah family yang sempurna bagi diorang...

Dalam tajuk ak tu lebih menjurus kepada mereka yang sedang bercinta dan mungkin sedang terfikir apakah layak aku untuk dia??? sempurnakah aku...tidakkah dia akan menyesal dengan menerima aku didalam hidupnya dimasa mendatang???

Satu demi satu persoalan akan mula muncul dibenak fikiran kan..so how??? Lagi dilayan lagi rungsing jadinya... Nak tolak sayang, nak terima takut...hmmmmm

Bagi aku, dalam kehidupan berpasangan janganlah kita mencari yang sempurna dimata manusia, sebolehnya sempurna di mata pencipta...dan jangan pulak bila aku cakap sempurna di mata pencipta kita nak cari yang berlitup nampak mata sahaja bagi lelaki yang mencari bakal isterinya dan yang perempuan nak cari yang berkopiah serban sagala aja....yang jenis seluar koyak lutut, yang pernah ada kes jenayah dimasa silamnya mula dipandang hina walaupun dia telah insaf dan dimata pandangan pencipta mungkin dia lebih mulia dan sempurna dari kita yang mengadili masa silamnya.

Sebolehnya carilah mereka yang boleh melengkapkan kekurangan kita. Aku bagi contoh, seorang lelaki moden yang kurang didikan agamanya tidak semestinya bukan jodoh yang tidak sempurna bagi seorang wanita yang berkelakuan seperti seorang ustazah dari universiti Al-Azhar... Siapa tahu, dalam kejahilan lelaki itu dalam diam dan jauh disudut hatinya dia berdoa kepada pencipta agar dipertemukan dengan gadis yang bakal menjadi suri hidupnya yang mampu membimbing dia ke jalan yang diredhainya dan Allah memperkenankan doa itu...maka terciptalah pasangan kekasih yang langsung tidak sempurna dimata manusia..

Yang bergelar kononnya ahli agama mungkin akan mula mempersoalkan pilihan si gadis yang bertudung labuh ingin menerima si lelaki tiada ajaran agamanya sebagai suami...mula akan dipersoalkan mampukah dia menjadi imam yang sempurna??? mampukah dia menjadi pemimpin keluarga ??? dan si lelaki akan terus terusan diherdik hina...hendak menjadi baik ke jalan yang diredhai pun payah, if kembali ke jalan lama pun dibenci..jadi macam mana???

Ada juga terkadang kita akan melihat laman sosial dan terlihat gambar pernikahan rakan-rakan kita...wahhh...ada yang bagai pipit dengan enggang...dan ada juga bagai pinang dibelah dua...tapi siapa kita hendak mengadili jodoh yang telah ditetapkan Tuhan??? Tidakkah sebaiknya kita bergembira dan mengucapkan syukur serta mendoakan kesejahteraan mereka?

Pelik kan...bila kita terlampau mencari kesempurnaan, kita sendiri mula terlupa bertanyakan diri sendiri adakah ak cukup sempurna tiada cacat cela sehingga terlalu mencari kesempurnaan??? Carilah yang boleh saling melengkapkan...kalau kamu bulan, biarlah aku jadi bintangnya, kalau kamu quran biarlah aku jadi rehalnya...saling memerlukan, saling mendamaikan...dan saling MENYEMPURNAKAN !!!




You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...