Sampai bila nak jadi kuli bro???

Assalamualaikum...

suffian..bdk yg 2 tahun lebih muda buat ak tersentak dan tersenyum balik pada diri sendiri..kami bdua ditempat org..bsembang dan dia luahkan habis semua yg mungkin dia pendam..dr org keliling atau keluaga dia... "sampai bila kita nak jadi kuli org bro??? xkan dah tua nak mengharap duit kwsp yg entah berapa je tu???" ak betul2 terpaku kejap.

ak xde ape bro..spm je..siapa nk percaya bdk spm mcm ak ni..nk bg pinjaman semua...susah bro...memang ak kerja kilang gaji ak da tinggi..tapi ak ni diorg boleh buang bila2 je bro..budak keluar poli, keluar univsiti bersepah..tunggu masa je boleh kene campak...mak bapak ak pun maki bila ak ckp nk berenti..tp ak ada cita2 ak bro..ak nk jd salah sorg ank melayu yg pegang ekonomi malaysia..

sekali lagi ak tersentak waktu tu...
dan kami terus bersembang...dan ak nampak aku dalam dia...

Sejuk malam kat victoria city ni lagi buat bulu roma ak meremang...budak yang kononnya cuma ada spm ada pandangan dan visi yang jauh lebih hebat dari budak universiti sendiri. Jarang ak nampak yang ada semangat macam ni dan buktinya sekarang dia ada sebelah ak di bumi asing..kami berdua sama2 ada misi untuk bisnes kami.

Aku nampak diri aku dalam dia bila dia cakap sampai bila nak jadi kuli? Betul..itu soalan yang ak selalu tanyakan pada diri sendiri bila selesai subuh...bersiap nk ke office. Masuk jam 8 balik jam 6...setiap hari terperuk didepan komputer tak ubah macam robot bernyawa.

Ak lepaskan jawatan yang jd dambaan ramai siswazah yg baru habis belajar...gaji tinggi..pangkat besar...dan aku pun sama dimaki keluarga. Buat kerja tak guna otak..tak fikir panjang...Waktu tu memang lah pedih...down sampai kadang2 waktu malam meleleh jugak air mata rasa menyesal...tapi lama2 ak rasa ak dah mulakan satu langkah..tak perlu ak undur kembali dua langkah...

Orang lain tak berani nak melangkah tak apa...biar ak saja yang berjalan..walaupun mata kiri dan kanan berpandangan sinis...mulut terkumat kamit bercerita tentang siswazah tak guna.

Malam ni bila ak hampir terlupa knp ak berhenti dulu..bdk ni dah ketuk kepala ak balik untuk jangan senang lena. Tak boleh jadi..orang belum kenal ak..pak menteri belum lagi datang menyembah minta sokongan politik parti mereka...jangan...ak kena jadi antara melayu yang bercita cita dan bukan cuma berangan angan...

Sedap hirup kopi panas 2dollar dari vending machine ni...sambil perhati si rambut perang ke sana ke mari...melihat kalau2 ada terselit seorang dua si perantau macm kami...seronok malam ni

Popular Posts