Perubahan waktu..bergaul biar bijak

Thursday, January 08, 2015 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Ada suatu ketika sewaktu ak masih lagi di bangku sekolah...ak boleh dikategorikan sebagai budak yang teramat baik...pendiam sesangat dan sangatlah pemalu nak2 bila berhadapan dengan pelajar perempuan...suara mula tersekat sekat....dan disebabkan itu jugaklah maka wajudnya satu dua watak yang mula cuba menunjukkan kejantanan mereka...sehinggakan ak sendiri pernah terlibat dalam aksi muay thai sewaktu di tingkatan 3 didalam kelas...nyaris saja kerusi yang ak baling terkena kepala budak tu...kalau tak...ishhh

Bila habis saja sekolah..ak masuk plkn dan dari situ semuanya berubah...aku mula lebih bergaul mesra dengan orang sekeliling aku. Kalau dulu ak pendiam...tp di plkn ak lah antara pelatih yang paling banyak bagi idea itu ini...banyak jugak celotehnya...join aktiviti itu ini....dan waktu itu jugaklah ak mula berani untuk bergurau mesra dengan pelatih perempuan...

Bila di universiti...ak makin hebat...makin mesra alam...asalkan ada orang..akan ak ajak bersembang...aku akan cuba buat kawan pada siapa saja yang ak lihat boleh didekati. Pada aku tak salah hendak buat kawan beribu pun...dan bila ak mula berperangai macam tu..maka ada kawan2 yang mula berangapan ak tak ambik serius dalam banyak perkara..dan semuanya ak jadikan gurauan.

No!!! Its not!!! Pada aku...bergurau kena ada waktu dan ketikanya yang sesuai...kalau engkau pandai...engkau boleh selitkan gurauan sewaktu dalam kedukaan...tp kalau engkau bangang...gurauan yang engkau cuba sampaikan akan jadi lebih panas dari api.

Bila situasi macam ni terjadi..kadang2 aku rasa annoying jugak sebabnya ada antara kawan ak yang tak tahu nak membezakan waktu yang sesuai boleh bergurau atau tidak. Kadang kadang soalan serius dari ak dijawab dengan gurauan yang lebih menyakitkan hati...maka akan ada rasa menyampah mula timbul...

Tp itu takkan berlaku kiranya yang buat guarauan tu kawan baik..sebabnya kawan baik dalam guarauan diorg ambil berat apa yang terjadi...so kadang2 bila baru nak marah dah cair balik...

Hari ni aku ada seminar...dan ak fasilitatornya...esok akan disambung lagi..hari terakhir. Ada satu dua soalan serius yang ditanya tapi dijawab secara berjenaka dan mungkin sekali tak masuk akal telah berlaku...dan ak yang mendengar sendiri terasa menyampah..mcm mna agaknya perasaan budak yang menanyakan soalan tu tadi???

Psikologinya manusia tak semua boleh terima apa yang kita boleh terima...macam agama..kita semua ada kepercayaan yang berbeza beza dan bila dipaksa mempercayai sesuatu yang bertentangan maka mulalah berlakunya riot seperti di German sekarang ni...dan yang lebih menambah luka bila semakin byk pelakon upahan yang kononnya berjuang atas nama tuhan.

Tenguk sekeliling....ak dikelilingi mereka yang berwajah asing...berbahasa asing dan bila ak mudah mesra maka mereka pun turut sama boleh mesra...bergurau ada had dan masanya...jadilah seseorang yang bijak..tahu membezakan mana waktu yang sesuai...tak semua orang sukakan perangai kita semacam kita yang tak.pernah sukakan semua orang. Sedangkan perangai adik beradik kita sendiri pon kita bokeh annoying inikan pulak orang luar....hati2 lah masa bergaul...respek dan respon.

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...