Menyampok!!!

Sunday, December 14, 2014 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Dulu waktu kecik kecik...waktu ak and sepupu sepapat tengah main tudung tin segala...lawan2 and disebelah pulak ade geng pak2 and mak2 yang tengah menyembang....dan ada ketika telinga ni pun terpasang sama mendengar apa yang disembangkan mereka...dan hasilnya mulut ni semakin menjadi ringan untuk turut mencelah...dan bila itu terjadi..hasilnyaaaa peha gebu , lengan tangan atau mana sahaja yang boleh dicubit dan dipulas akan terus disambar oleh mak2 terutamanya dengan ayat "JANGAN MENYAMPOK BILA ORANG TUA MENYEMBANG!!!!"

Waktu tu aku tak faham langsung apa kejadahnya maksud "menyampok"...dan bila dah meningkat dewasa dan memiliki 4 orang anak sedara yang lasak membesar...baru ak faham kenapa laa mak2 dedulu marah benar kalau bebudak kecik menyampok time menyembang.

Acap kali jugak la anak sedara ak ni kena piap aka cubit dari mak diorg sebab menyampok tapi tu semua tak jalan..tak makan saman..budak budak la katakan...insaf 5 minit..diam la kejap...lepas tu menyampok balik...

Bila ak kenang balik zaman kekecik dulu...kenapa ak suka sangat menyampok bila mak ak menyembang...hemmm myb sebab cerita yang dikisarkan menarik hati aku and aku rasa seronok kalau dpt.mencelah dan menyumbang cerita mana yang boleh...dan adakah anak anak sedara aku sekarang ni pun sedang melalui perkara yang sama aku lalui kekecik dulu???

Macam mana ya cara nak bagi budak budak ni tak menyampok orang tua bercakap...hemmm aku takde jawapan tapi bagi aku la..biarkan aje kadang2 diorang menyampuk tapi perku ditegur dan ditegah supaya diorg faham yang perbuatan tu dilarang...atau x sesuai...x sopan..thus nanti bila da besar nanti akan ada memori mcm ak skrg ni...sedap ape kne piap kat peha...hahaa

Macam korg ade tak pengalaman macam tu??? Ade cara nak tegah bebudak.ni dari terus menyampok???

Kongsi idea dan pandangan sikit... :)

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...