MH17 : Malaysia Berkabung...Moga Tenang Disana

Friday, August 22, 2014 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum…



Its just not the year…bukan tahun yang memihak kepada Malaysia…biarpun pada hakikatnya ini adalah Tahun Melawat Malaysia 2014.

Satu demi satu peristiwa malang menimpa kita…dan tragedy paling memberi kesan semestinya tentang kehilangan pesawat MAS MH370 dan yang terbaru kemalangan pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh pengganas di sempadan Ukrain dan Rusia dan telah mengorbankan kesemua penumbang serta anak kapalnya

Hari ini, 22 Ogos 2014 merupakan hari yang akan dicatat dalam sejarah Malaysia. Hari Malaysia Berkabung. Tiada apa yang lebih memilukan bila insan yang kita saying pulang dalam keadaan jasad tidak bernyawa. Mangsa nahas Berjaya dibawa pulang ke tanah air…dan disemadikan mengikut upacara keagamaan masing masing.

Sayu aku tenguk social media hari ni…rata rata mengupload gambar dan status meratapi pemergian mereke yang terlibat dalam kejadian malang MH17 tu. Macam-macam cerita sudah terkeluar mengenai kisah mangsa dan keluarga, dan semuanya betul betul meruntun jiwa… Ak Cuma mampu menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang berdoa dari jauh agar roh mereka tenang  disana dan keluarga dapat menghadapi situasi ini dengan penuh ketabahan.

Sesungguhnya dari dia kita dating, dan kepada dia jugalah kita kembali..Sebagai orang Islam, banyakkanlah berdoa dan sedekahkanlah Al-fatihah kepada semua mangsa yang terlibat…Doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersama dan mengiingi kalian semua.

Banyakkan juga berdoa untuk kesejahteraan dan keharmonian Negara kita Malaysia, moga tiada lagi musibah sebegini yang melanda kita…Cukuplah kita sudah jatuh ditimpa tangga, moga dengan semua kejadian yang berlaku memberikan kita semua keinsafan dan kesedaran…moga semua ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.
Salam takziah…moga tenang kalian disana…


Potpetpotpet : Al-fatihah

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...