Bukan benci JDT tapi....

Assalamualaikum...

Wahh arena bola sepak negara kian panas lepas isu pegaduhan dlm terowong yg melibatkan pasukan JDT dan T-team baru2 ni kan...memang kecohh...siap dah mula sumpah quran lagi..pheww

Dekat fb pun ak tguk ramai peminat yang masing2 menyebelahkan pasukan yg diorg minat. Bagi aku sendiri la kan..pendapat peribadi laa...masalah ni memang la masalah dalaman...tp yg jadi kecoh satu Malaysia ni adalah bila para penykong masing2 main provokasi antara satu sama lain...

Bila bab bola sepak...memang semangat kenegerian tu lain macam sikit..pakat berkobar2...n disebabkan tulah mula ada isu bakar krusi stadium laa..bertumbuk laa...baling mercun laa..ni semua sebab semangat kenegrian yg bertempat.

Menyokong tu boleh tapi berpada2lah...jangan la sebab tindakan agresif seorang dua penyokong habis satu negeri jadi bahan cacian negeri lain kan..

Sekarang ni JDT kene caci...sebelum2 ni Kelantan...haa sama jugak kesnyaa..semua berpunca daripada tindakan provokasi sesetengah penyokong...kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Kehadiran JDT dalam arena bola sepak tanah air ni bagi aku sesuatu yang bagus...dengan tagline Luaskan Kuasamu tu cukup menyampahkan pasukan negeri lain...so dari situ mula la rasa tercabar n masing2 akan cuba sehabis mungkin untuk bermain dengan pasukan masing2 kann...

Sekarang ni masalah dalaman biarlah pihak FAM dan mereka2 yg terlibat yang jalankan tugas...yang luaran ni aka penyokong mana2 pasukan janganlaa main provokasi sangat...

Kita ni still dalam lingkungan kampung lagi...jaguh asia pun tidak...inikan pulak nak berangan ke piala dunia...Tak salah nak menyokong...bagus tu sebab baru nampak meriahnya arena bola sepak kita..xde la org ckp just kerusi kosong je yg oenuh...tp kalau dah sampai bertumbuk berdarah bagai masalah dah tu kann..

Jangan pulak nanti org bagi alsan xmau dtg stadium gara2 takut isu keselamatan...tak ke rugii...makin kusam laa arena bolasepak kita nanti...

Buat FAM dan yg terlibat pulak..bila dalam pengadilan tu buat la secara telus n saksama..xmau la ade berat sebelah ke ape..macam menteri belia sukan kita cakap..siasat tanpa kira pangkat n darjat..kalau kira pangkat darjat mmg problem la lagu tu...asal ade darjat xleh lawan..kne diam ibarat lembu ditarik hidung kan...ape2 pun tahniah kerana berusaha untuk meredakan keadaan...

Akhir kata..aiicehh...majulah sukan untuk negara

Potpetpotpet : dlm politik isu rasisme...dlm bola isu kenegrian...haishh

Popular Posts