Lepas satu satuu...apa lagi nak Naik ??? Oh Malaysiaku

Thursday, December 19, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...



Kesibukan aku dalam beberapa menjak ni menyebabkan blog ini sedikit terabai sampaikann entry blog mber2 pun ramai yang terpending tidak dibaca lagi (alasaannnnn)...owhhh mengapaaa...

Tapi...dalam aku duk sibuk sakan, ak still dengar berita keluhan rakyat Malaysia yang makin dicabuli oleh mereka2 yang kononnya mempunya kuasa hakiki untuk menentukan apa yang boleh apa yang tidak...apa yang patut dan apa yang tidak....dengan alasan demi kepentingan rakyat dan ekonomi negara.

Mengarut semua tu...satu demi satu jawapan dengan alasan mengarut diberikan. Kalau tak mampu beli ayam makanlah ikan, kalau tak mampu bayar tol gunalah jalan lama..kalau tak mampu bayar minyak naik saja bas dan teksi..tapi semua tu pun naik jugak...apa aje yang tak naik???

Tekanan darah tinggi rakyat Malaysia pun makin naik...ini bukan disebabkan pengambilan kuantiti garam yang berlebihan tapi disebabkan kemasinan pemimpin yang semakin aktif mencangkul keringat rakyat yang makin kering nie...

Saya sendiri minum TEH TANPA GULA...siapa nak percaya??? Setakat tulisan diakhbar berbayar atau rencana yang dibaca semata tak payah. Rakyat Malaysia bukan bodoh membezakan mana baik atau buruk. Sememangnya kadar pengambilan gula negara ni memang tinggi tapi alasan DEMI KEBAIKAN RAKYAT dengan menaikkan itu ini sangat tak logik...

Cuba berfikiran positif...hemmmm....kejap, aku tak jumpa mana itu positif...mungkin wajib muhasabah diri sekali lagi...cuba belajar menipu sehingga ke peringkat tertinggi...mana tahu tak lama lagi aku pulak boleh jadi menteri yang bercabang lidah...lembut gigi dari lidah....bila dah dapat...kacang lupakan kulit...bila ditagih...lagu merdeka diselit KINI MASA BALAS BUDI...sekian



potpetpotpet : penat jadi robot...perlu belajar menipu untuk berjaya??? DUNIAAA!!!

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...