Kad Pengenalan Malaysia senang diciplak???

Monday, November 11, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Sejak kes pembunuhan pegawai bank oleh pengawal keselamatan bank tu sendiri...pihak polis mula jalankan operasi secara besar besaran memburu penjenayah terbabit n Alhamdulillah macam yg ramai dah tahu penjenayah tu dah pun berjaya diberkas setelah hampir 18 hari diburu...

Dalam masa yang sama...banyaklah operasi pembersihan pengawal keselamatan yang berstatus pendatang ni...rata2 memang orang luar... Biasa lah..gaji yang dibayar akan lebih murah kepada mereka...so ramai la majikan yang jenis nak cepat untong ambik kesempatan tanpa peduli keselamatan orang awam yang sepatutnya dijaga.

Tapi yang jadi persoalan dekat sini...rata2 diorang ada KAD PENGENALAN MALAYSIA...senang sangat ke kad pengenalan negara kita ni diciplak??? Bukan kerajaan duk sibuk jaja cakap kad pengenalan kita ni ada sistem biometrik laa...tercangih itu ini lahh..tapi penyudahnya still mudah diciplak!!! Atau main suap hulur bawah ni??? Entah...xboleh menuduh melulu bila xde bukti...bahayaa...akta hasutan kena nanti...hewheww

Tapi kesian jugak sebenarnya..kerana nila setitik habis susu sebelanga..kerana seorang habis semua dihambat...sedangkan ada yang ikhlas mencari rezeki untuk keluarga di kampung.

Bagi aku memang kita x boleh nak nafikan kepentingan tenaga buruh dari negara asing ni...tp biarlah berpada dan sepatutnya pihak berkuasa kena lebih telus dalam mengambil tindakan...tenguk saja laa kalau musim cuti..sejujurnya ak kurang rasa selamat nak naik pengangkutan awam sebab kebanjiran mereka ni...bukan berfikiran negatif tapi tetap wujud rasa x selesa tu...seperti ak yang jadi pendatang di negara sendiri...

Harapnya lepas ni...akan ada 1 sistem yg lebih telus..dah muak mendengar alasan kad pengenalan canggih yang dibanggakan senang2 aje diciplak..kenapa..cikai sangat ke kemajuan teknologi kita???

Potpetpotpet : nak perbaharui pasport pembantu rumah..banyak sangat kerena n birokrasi..no wonder ramai majikan ambik endah...nt ak story k

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...