Tukar kerakyatan kerana harga minyak naik?

Tuesday, September 03, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Hari nie rakyat Malaysia "diHADIAHkan" dengan pengumuman kenaikan harga minyak ron95 dan sudah jelas ianya tidak disambut dengan senyuman malah caciah berganda...

Memang ak sendiri x suka perkara ni terjadi..yelah siapa suka barang mahal kan...da bila harga minyak naik ianya secara tak langsung akan meningkatkan kos pengeluaran bahan mentah terutama dalam operasi penghantaran dan disebabkan itu harga barangan mentah akan turut sama terkena tempiasnya...

Sebelum ni kecoh harga ayam yang melambung tinggi...sekarang minyak...akan datang apa lg??? Bila difikirkan balik memang agak kejam tindakan kerajaan tambahan jumlah pendapatan rakyat tidak semewah gaji bulanan menteri...

Tun Mahadhir sendiri menyindir tindakan drastik ni dan pada pandangan beliau kenapa hanya RAKYAT YANG PERLU BEKORBAN...apa guna menteri yang dilantik...gaji dan elaun mereka tidak terusik bagi meringankan masalah ni...??? Sindirian Tun memang makan dalam dan kalau xdpt paham jugak memang parah menteri2 kita berfikir...

Emosi sudah tentu menghantui kebanyakan pengguna jalan raya yang tentunya mengunakan minyak bagi kenderaan mereka...Ada wajarnya mengapa mereka marah...sudaah kos sara hidup meningkat...dengan pelbagai cukai itu ini dikenakan....dengan gaji yang tak seberapa sampai bila nak terus hidup kais pagi makan pagi???

Ada jugak yang mula menyatakan pendirian ingin keluar dari Malaysia dan mencari kerakyatan di negara lain.Bagi ak itu tindakan mereka yang mengikut emosi...Malaysia ni.negara kita..hal milik kita...kita tuan tanah yang tidak menyewa..kenapa kita pulak kena lari dari negara sendiri...sedangkan beribu rakyat negara lain berebut menunggu peluang untuk membanjiri tanah bertuah ni...ikut nafsu jadinya mati...

Ada jugak yang bercakap kalau tak puas hati boleh pegi mati....Insan mana yang boleh berpuas hati dengan keadaan macam ni berlaku...melainkan engkau menteri dan kerabat dengan mereka...tiada kesan yang kena sebab minyak sudah ada subsidi dan elaun tersendiri...jadi jangan marah kalau orang marah...ada sebab bila kita melenting..lainlah kalau kita tidak waras akal fikiran...

Malas usaha jangan pandai nak komplain saja...ayat makan dalam yang boleh membuat org tersentak tapi ada benarnya...kalau asyik komplen sampai bila2 pun xboleh jadi apa...kena usaha jugak suka atau tidak sebab harga tetap naik...

Ak terbaca dr artikel ekonomi kalau nak kurangkan peningkatan harga minyak kurangkan pengunaannya...tp masalahnya sekarang bukan masanya...nak2 pulak Malaysia..kita bukannya ada sistem pengangkutan yang terbaik...kalau ada cuma disekitar lembah kelang...habis negeri lain???

Mungkin akan datang kita akan ada keretapi bulet yang terus dr Kl ke Singapore dlm masa 3 jam saja...tp itu utk sistem pengangkutan awam...mcm mna pulak dengan lori2 yang membawa bahan basah dan mentah???

Bukan sekadar harga barangan keperluan harian akan naik...tl sekali lg harga rumah..pastinya pembekal simen, batu bata, besi semua akan menaikkan harga kos mereka...fikirkan rakyat...dan ak harap kenajkan ni utk sementara saja...dan harap alasannya adalah bebaloi dan munasabah...

Potpetpotpet: harga minyak dunia sedang naik...adalah kerana krisis di teluk arab???

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...