Troll before Ramadhan???

Tuesday, July 09, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..insyaAllah kalau dipanjangkan umur..rabu depan dapatlah kita menjalankan ibadah berpuasa..da kiranya malam nanti dah mula tarawih la kan...syukur...

Tapi kann...before nak menyambut kedatangan bulan mulia ni...x sangka ada video troll yang memang bagi ak sangat kurang bijak...hahaaa... video "cinta seminggu" yang tengah hangat n galak dikongsikan di laman facebook.

Ya Allah..apa nak jadi la bebudak zaman sekarang ni...baru kaple seminggu dah berjanji bagai nak rak...siap buat video lagi. Tapi bagi ak...itu adalah perkara biasa bagi budak2 yang baru nak mengenali dunia alam percintaan...kalau nak diikutkan..zaman dedulu pun lebih kurang je kesengalan dia..just tahap teknologi x secanggih sekarang...so ini la yang terjadi...

Budak tu myb memang dah buat silap besar dalam hidup dia..myb dia just nk sharekan kebahagian di dengan orang yang dia sayang..tapi malangnya cara dia salah...yang paling teruk benda ni berlaku di Malaysia...sebuah negara yang memang pakar dalam bab2 nak mengTroll orang balik...haishh..

Ak dapat info tak rasmi kononnya video ni dah diprivatekan dari akaun budak tu..tapi nak dijadikan cerita...ada pulak durjana yang baik hati download n upload balik ke media sosial sehingga kini menjadi bahan kutukan dan lawak rakyat Malaysia.

Budak tu still sekolah..yess..memang video dia sangat gedik..tapi sedar tak rakyat Malaysia sedang membuli mental seorang remaja perempuan yang sekarang nie mungkin tengah pikir xmau pegi sekolah esok hari gara2 malu nak jumpa kawan2... n ak yakin mesti akan ada suara2 sumbang yang mengumpat dia di sekolah nanti.

Jujur ak simpati dengan dia...memang benar itu salah dia..gedik tidak bertempat..tapi siapa kita untuk mengongsikan aib orang lain kepada pihak yang lain...cukuplah dia saja yang membuka aib sendiri...perlu ke kita berindak melulu dengan berkongsikan sesuatu yang mengaibkan maruah seorang gadis remaja macam tu..yang paling xleh blaa..bayak komen2 berbaur lucah diletak untuk budak tu...kesiann...

Bagi ak..kita kena sedar dan muhasabah diei masing masing balik..bukan apa..mungkin kita sekadar nak bergurau..tapi kalau dah gurauan sampai boleh mengaibkan orang..itu boleh jatuh hukum dosa kan...lagi pun kalau benda tu jadi kat diri kita..kita suka ke????

Potpetpotpet : gunalah akal yang diberikan...sama2 muhasabah diri...salam ramadhan

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...