Seronok ke aibkan orang?

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni orang memang suka mengorek rahsia peribadi orang lain...tak percaya tenguk saja rating bagi rancangan2 gosip...tenguk pulak entry2 blog gosip yang jumlah pembaca dia memang lain macam ramainya.

Mungkin ada yang bercakap sekadar nak ambil berat atau saja2 nk ikut trend semasa...tapi dalam kita sedar atau tidak...kita tengah membuka pekung dan aib orang lain.

Sebagai pembaca mungkin kita akan berangapan...ehhh ak baca je...x tulis pun...mana ada dosa...tapi kadang2 dari sumber pembacaan kita tu...kita jadikab modal untuk dijadikan bahan bercerita dengan kawan2 pulak kan...betul tak...hehee...jangan nk tipu k

Macam mana pulak dengan penulis...hemn....mungkin penulis sekadar nak berkongsi cerita dengan pembaca...tapi SAHIH ke cerita yang dikongsikan??? Kalau sekadar ura2 khabar angin takut dijadikan sebar FITNAH...Fitnah tu antara dosa besar yang tak terampun kalau orang yang difitnah tak memaafkan si pengfitnah yaa...Sebagai penulis memang wajib kita mengharapkan pembaca yang ramai..tapi macam mana kalau bahan bacaan kita tu fitnah.  Kita dah kongsi satu cerita buruk yang tak betul...tapi kalau cerita tu betul pulak...layak ke kita nak jadi Tuhan bercerita tentang aib orang lain??? Sedangkan Malaikat sendiri yang selalu nampak aib kita...disimpan dijaga...inikan pulak kita manusia yang dah jelas ada saja khilafnya..tidak pernah sempurna. Sebarkan aib orang tu ibarat segaja hendak memalukan dia...segaja hendak bercerita tentang keburukan dia...jadi tak takut ke kita dengan dosa yang bakal ditanggung. Kalau kita jaga aib orang...Allah jaga aib kita..ingat tu

Bagi ak..kita ni bukan Malaikat yang sempurna...cukup sekadar menjadi manusia yang selalu ada khilafnya.jadi tak perlu kita sibuk nak cari dan cerita tentang aib orang lain. Cukup diri dia sendiri yang membuka pekung dan aib...tak perlu kita menjadi orang tengah dan terus membuka aib mereka...terus menghukum kekhilafan mereka...fikir balik..siapa kita..siapa mereka...kita sama saja...tetap manusia hamba Allah yang kerdil lagi hina.

Kenapa kita nak risau tentang aib mereka...kenapa kita nak jadi wartawan dunia sedangkan sudah ada malaikat yang sentiasa memerhati..mengawasi..dan mencatit setiap amal dan perbuatan seseorang...

Tak perlu risau tentang itu semua kerana yang perlu kita risau adalah buku catatan kita sendiri...nanti di hari pembangkitan kelak..setiap buku catatat tersedia dihadapan setiap hambanya..segala aib yang kita simpan akan terbuka semuanya...jadi tak perlu kita mengambil alih tugas Malaikat yang setia menjalankan tugasnya...cukup kita jaga amalan kita sendiri.

Potpetpotpet : kalau dari mulut ke mulut..itu fitnah jadinya...dan kalau yang dingumpat tidak redha..sampai akhirat kau menangung dosa...banyakkan taubat..renung2kan...

Popular Posts