Samsung Galaxy S4 Zoom Diumumkan Secara Rasmi

Thursday, June 13, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Melalui blog pihak Samsung  sendiri, mereka telah mengumumkan peranti telefon pintar terkini dari rangkaian Galaxy S4 yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S4 Zoom. Ura-ura sebelum ini yang tersebar mengatakan pihak Samsung akan mengfokuskan kepada penambahbaikan di bahagian kamera ternya benar apabila rekaan Galaxy S4 Zoom sendiri begitu unik dan menyerupai Galaxy Camera tetapi dalam bentuk telefon pintar.


Seperti yang dinyatakan, Samsung Galaxy S4 Zoom merupakan peranti yang mana mengfokuskan kepada bahagian kamera dengan penambahbaikan 16MP dan 10x optikal zoom dengan sokongan Xenon Flash di bahagian belakang beserta 1.9MP untuk kamera hadapan. Ianya menyertakan skrin bersaiz 4.3 inch qHD Super AMOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz , memori sebanyak 1.5GB RAM beserta 8GB memori dalaman (turut menyokong sokongan kad memori tambahan). Ianya beroperasi dengan mengunakan sistem Android 4.2 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz yang membawakan beberapa sokongan tambahan kepada bahagian kamera antaranya "Zoom Ring".



Lagi gambar menarik Samsung Galaxy S4 Zoom.

Setakat ini tiada sebarang berita bila peranti ini akan mula dipasarkan di pasaran tempatan begitu juga dengan kadar harga yang bakal ditetapkan, tapi bagi saya..kadar harga yang mungkin ditetapkan adalah pada kadar RM2299-RM2499 atau mungkin lebih... ;)


sembang tekno : terfikir untuk menukar kepada peranti ini??? Ini Kali atau Lain Kali... ;P

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...