Nak berniaga kena banyak sabar

Monday, June 17, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nie terasa relax sikit sebab xde exam untuk beberapa hari...tunggu 27 nanti baru ade balik...hewwheww... Cerita pasal berniaga, ada tak antara sesiapa blogger dekat sini yang dah mula berniaga atau baru berjinak2 nak berniaga???


Macam mana rasanya, perit ke tidak??? Hahahaa..cuma yang pernah berniaga saja tahu tentang pahit getir suka duka dalam berniaga nie kan...bila sebut aspek utama apa yang perlu ada dalam berniaga, ak rasa Kesabaran tu amat perlu...

Berniaga nie ada pasang surutnya, ada turun naiknyaa..kejap kita untung kejap kita rugi..kejap kita mendatar je..tak untung tak rugi...Jadi untuk menghadapi semua dugaan nie kesabaran yang tinggi tu perlu. Sekarang nie trend orang berniaga secara online memang menjadi2. Tenguk saja dekat facebook mesti akan ada yang promosi produk jualan diorang terutama produk bagi orang perempuan laa..kejap2 naik notification jual produk kecantikan laa, jual tudung laaa, jual lipstick laa, masker muke semua ada lahhh..sampai susuk pun ade orang jual habaq hang...hahaha.

Korang rasa diorang nie hadapi dugaan tak masa berniaga secara online nie??? Yes, sangat mencabar sebenarnya...first, kena ada kulit muka yang tebal, walaupun x berjumpa secara berdepan, tapi untuk memepromosikan barangan dari facebook diorang, diorang mesti kena tahan malu nak berniaga. Mesti akan ada sorang dua mulut suara sumbang dari kenalan yang bercakap "dapat untung kee berniaga macam tu??? Kau tak malu ke...blaablaablaaa" Selalunya komen2 negatif nie memang boleh meruntuhkan keyakinan seseorang, tapi untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, kesabaran tu perlu ada. Wajib bersabar dengan kritikan macam tu..jadikan kritikan tu sebagai sesuatu yang positif, fikir macam nie " Owhhh, minah/mamat nie duk kritik ak...ok2, takpe tunggu ak buktikan" nahhh tu diaaa, bila kite terima benda tu secara positif, hasilnya InsyaAllah akan positif jugak kann...

Layan karenah pelanggan, Ya Allah ini adalah antara faktor paling kritikal bagi seorang peniaga. Macam2 karenah pelanggan yang kita kena urus. Ada yang senang ada yang susah. Yang senang tu insyaAllah mudah diuruskan, macam mana pulak dengan yang payah, yang suka tanya itu ini, yang suka komplain itu ini. Kadang2 soalan temeh remeh pun ditanya ...contoh ayat " macam mana nak tahu produk nie tarikh luput dia bila" erkkk..korang x rasa ke soalan tu macam xleh blaaa...kebiasaanya sesuatu produk tu dah ade dicetak tarikh luput, cuma perlu baca je, tapi ada jugak yang mungkin x ditulis, jadi adalah perlu bagi seorang peniaga itu bersabar dan menjawab setiap soalan dengan sopan dan penuh keangunan... #kalau taip kat fb ko boleh laa tulis ayat manis, pastu belakang carut sesenyap..muahahaa..sabar2

Faktor jualan harga...owhhh..ini satu lagi yang memeningkan peniaga...harga barang tu dalam RM50...tambah duit minyak ambik barang semua dah jadi RM60...peniaga mesti nak untuk sikit jadi dia letak la dalam RM65....jadi bila nak diniagakan...masih akan ada komen hampeh seperti "kenapa mahal sangat niee???" "tak boleh kurang lagi ke" bila si peniaga cakap...saya bagi kurang jadi RM63...kiranya peniaga untung RM3 jee...still dicakap, sikit tu jeee...tolak RM60 sudah laa....kauuuuuu...hahahahaa, sedarlaaa....kadang2 peniaga nie ramai makan hati sebab nak jaga hati pelanggan diorang...senyum kelat jelah jawabnyaa...penyudahnyaaa...untung xdapat, penat aje yang ade...

Sebagai pelanggan, mesti akan cakap..hellooo...customer always right, yesss its doess...but not always right maaa....sometimes kita kena fikir dari A to Z sesuatu tindakan tu...ada sesetengah peniaga yang cekik darah bila berniaga sebab ape, sebab diorang dah tahu perangai pelanggan yang sikit2 nak murah...contoh mcm tadi peniaga nak untung RM5, so dia mesti jual RM65...but bila dia sedar pelanggan mesti asking for harga lebih murah, diletaknya RM85....bila customer mintak murah, dia akan buat tawar menawar dengan cara yang sangat strategik..ahakk...bagi ak ini cara peniaga cina berniaga, tak jahat tapi BIJAK...kadang2 nak berniaga kena pandai hidup...sebagai pelanggan kadang2 kena pandai berdrama....ingat, pelanggan dan peniaga..bila dalam berurusan..dua2 sedang cuba berbelit...siapa pandai dia la yang untung...

Realiti kekejaman dunia... ;)

potpetpotpet : sebagai Islam, RIBA itu HARAM...Ingat tu...

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...