Perbezaan Hukuman Islam (HUDUD) vs Hukuman Civil (Moden)

Wednesday, May 08, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Dekat Malaysia nie dah banyak isu yang diperdebatkan....n yang terbaru lepas PRU13 adalah isu perkauman...tapi sekarang nie ak xmau cerita pasal isu perkauman tu sebab bagi ak isu tu sebenarnya sengaja direka oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab... Aku yakin warga Malaysia tahu tentang bagaimana nak saling menghormati antara satu sama lain...

Isu Hudud menjadi antara perbincangan hebat dikalangan ahli politik dan rakyat Malaysia, ada yang menentang ada yang menerima. Kalau dengar dari mulut2 orang, memang hukum hudud nie macam sangatlah kejam..tapi sebenarnya hukuman tu ada syarat2 tertentu yang perlu dipatuhi sebelum boleh dijalankan..kalau x lengkap salah satu syarat maka HARAM n x boleh dijalankan hukuman hudud tu...

Kita ambil contoh hukuman sebat yang dijalankan dengan cara Islam dan cara Sivil (cara yang kita sedang amalkan sekarang nie).

 hudud

Kalau dalam Islam,hukuman sebat hanya boleh dijalankan mengikut beberapa syarat tertentu sahaja dengan cara-cara yang telah ditetapkan... 

contoh kesalahan dan had sebatan :

1) ZINA : Bagi penzina yang belum berkahwin, 100 sebatan
2)  Qazaf : (melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang lain) , 80 sebatan
3) Minum Arak : 40 sebatan

Sifat-sifat / syarat-syarat sebatan :

- Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang
- Rotan yang digunakan tidak halus sehingga boleh melukakan
- Rotan yang digunakan tidak pecah-pecah
- Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga menampakkan putih ketiaknya. Tujuan sebatan (HUDUD) bukan untuk membunuh, tetapi memberi kesedaran serta keinsafan terhadap pesalah serta untuk mencegah kemungkaran.
- Sebatan tidak sampai melukakan, mencederakan dan membinasakan tubuh badan pesalah.
- Tidak boleh memukul kawasan Muka, Kepala, Kemaluan dan tempat-tempat yang boleh membawa maut seperti di perut.
- Pukulan dikenakan ke atas beberapa kawasan badan yang berbeza, dilarang memukul dikawasan yang sama.

Cara-cara pelaksanaan hukum sebat:

-Pesalah dalam keadaan sempurna berpakaian (tutup aurat) dan haram menelanjangkan mereka seperti yang dijalankan di dalam penjara kita sekarang. Kalau pesalah memakai pakaian yang tebal, maka perlu ditukar pakaiannya ke nipis yang mana membolehkannya merasa sakit sebatan tersebut.
- Pesalah lelaki didalam keadaan berdiri, manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk.
-Hukuman tidak boleh dijalankan sewaktu pesalah sakit, nifas, cuaca terlampau panas atau sejuk.
-Bagi pesalah yang menghadapi penyakit yang mempunyai harapan untuk sembuh (demam/selsema) perlulah ditangguh tempoh hukuman sehingga beliau benar-benar sembuh.
-Bagi pesalah yang menerima penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, hukuman tetap akan dijalankan namun dengan cara yang berbeza iaitu menggunakan seratus ranting kayu yang diikat sekali dan disebat sekali sahaja.

Hukuman Civil (cara moden yang kini diamalkan)

 sivil

Terdapat 2 jenis rotan yang digunakan iaitu Rotan Jenis Nipis dan Tebal.

Rotan jenis nipis : digunakan untuk kesalahan seperti rasuah, pecah amanah dan jenayah colar putih
-Rotan jenis ini tidak begitu merosakkan badan, namun lebih menyakitkan.
Rotan jenis tebal ; digunakan untuk kesalahan seperti rogol atau gangguan seksual
-Rotan jenis ini boleh menyebabkan mati pucuk dan kehilanggan deria rasa dari paras punggung ke bawah sekirannya pesalah dikenakan sebatan melebihi 5 kali.

Oleh kerana kesannya yang begitu dasyat, undang-undang Malaysia mengecualikan beberapa individu dari dikenakan sebatan . antaranya :
  1. Perempuan, kerana boleh merosakkan sistem peranakan
  2. Lelaki berumur 50 tahun ke atas
  3. Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai kesihatan
  4. Orang Gila
- Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan kepada satu-satu pesalah mengikut undang-undang Malaysia adalah sebanyak 24 kali sebatan.
-Hukuman tidakdiperlihatkan kepada orang ramai melainkan mereka yang terlibat sahaja (pegawai kesihatan/ penjara)
-Pegawai penjara akan membacakan isi hukuman kepada pesalah dan bertanyakan sama ada pesalah ada membuat rayuan atau tidak, sekiranya ada hukuman akan ditangguh sehingga keputusan dari mahkamah dikeluarkan.
-Pesalah akan ditelanjangkan setelah disahkan kesihatannya oleh pegawai kesihatan dan hanya diikat appron di bahagian pinggang.
-Sewaktu hukuman dijalankan, pesalah akan diikat di satu kerangka berbentuk A dan kepalanya diletakkan sebatang kayu melintang agar badannya membongkok.
-Tukang sebat akan menghayunkan sebatan ke arah punggung pesalah dengan sekuat hati (seperti pemain menghayunkan kayu golf)
-Hukuman perlu dijalankan dalam 1 sesi, sekiranya pesalah pengsan atau diarahkan dihentikan oleh pegawai kesihatan,hukuman tersebut akan ditamatkan. Satu rayuan mengenai baki sebatan akan dibuat di mahkamah bagi mengantikannya dengan hukuman kurungan. Kebiasaannya setiap sebatan akan disamakan dengan  5 ke 6 bulan kurungan.

Dari sini kita dah boleh nampak perbezaan hukuman nie kan...memang, kalau tak difahami betul2 hukum hudud tu kita akan cakap kejam,namun setiap hukuman akan ada syarat yang telah ditetapkan. Dari sini hukuman mana yang kelihatan lebih kejam dan zalim???

potpetpotpet : sibuk siapkan projek, blogpun lama x update..moga bermanfaat ye... ^^



You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...