Gadis Comel Zalim : Kesian Ayah

Wednesday, May 29, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

"Ramai orang cakap nak pkai tudung selepas bernikah, sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa. Tapi relakah kamu bila BAPA menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah?"

Kesian ayah


Pernah terbaca tak status macam nie dekat facebook/twitter or memana jelahh ..hemm...perkara nie bukan asing kan...realiti sangat sebab memang ramai perempuan (bukan semua tapi kebanyakan) buat macam nie. Sebelum nikah, rambut bukan main ditayang umum...cantek beralun...siap mintak duit kat bapak lagi nak pegi salun kasi rebonding bagai...then bila ditanya bila nak bertudung, jawapan mesti klise..

"tunggu sampai seru" atau "lepas kawen nanti pakai laa"

Sedih kan kalau jawapa macam tu yang digunakan....sebab bila guna ayat "tunggu sampai seru" baru nak bertudung...itu namanya penipu..sebab apa, sebab seruan untuk memakai tudung tu dah lama sangat tertulis dekat dalam Al-Quran kita...Al-Quran dan lama tulis arahan dari Allah mengenai adab menutup aurat...n bila ada yang guna alasan " belum sampai seru" itu rasanya macam ...hemmm...

ada jugak yang selalu bagi jawapan "lepas kawen nanti aku pakai laaa....ak nak jadi isteri solehah, xmau suami ak tanggung dosa aku nanti" Alhamdulillah, bagi aku niat tu dah betul sebab nak jadi isteri yang solehah tapi cara tu salah...Sampai hati si gadis iaitu seorang anak kepada lelaki tua yang bergelar ayah membiarkan sahaja bapanya menangung dosanya selama dia masih dibawah tanggungan bapanya...huhuhu, Kesian Ayah tu, dah la dari kecil ditatang bagai minyak yang penuh, lepas tu bila dah besar tak pikirkan tentang ayahnya yang bila2 masa je menunggu dijemput Illahi, tapi lebih risaukan bakal suami yang baru BAKAL belum betul2 jadi lagi... Akhirnya, selagi si anak tak berkahwin, selagi tu jugaklahh si bapak terpaksa tanggung dosa anak gadisnya yang bercita2 jadi ISTERI SOLEHAH dan bukan ANAK MISTALI...huhuhu



Aku harap apa yang aku cuba sampaikan nie dapat korang fahami dengan hati yang terbuka. Memang bab nie sensitif dan akan ada yang tak puas hati dan selesa dengan apa yang aku tulis, tapi sebagai saudara semuslim, ak cuma menjalankan tanggungjawab ak untuk saling mengingatkan...bukan apa, ak jugak insyaAllah bakal berkahwin dan mempunyai cahaya mata dan ak berharap anak2 ak bukan saja menjadi isteri/suami yang soleh/solehah tapi anak2 yang berguna kepada ibu bapanya jugak...sebab bila kita mati, selain amalan dunia...doa anak2 jugak yang menjadi penyelamat kita di akhirat sana...InsyaAllah

potpetpotpet : moga aku, kamu dan mereka tergolong dikalangan anak2 yang soleh/solehah. Amin

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...