Masalah Utama Student Universiti: Buku Teks

Saturday, April 13, 2013 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...

Berapa ramai dekat sini pelajar Universiti/Kolej/Poli/Matrik/blablaablaaaa dan sedar tak apa masalah utama kita semua. Buku Teks.

gambar hiasan (google)

Sedia maklum kalau buku teks peringkat atas nie lebih mahal sampaikan buku saiz komik doremon pun boleh mencecah harga paling murah RM70 ...kadang2 ada yang sampai RM149. Sebagai student kita nie amat MALANG bila dapat lecturer yang berjiwa kering dengan memaksa student2 membeli buku terbabit dengan alasan sesiapa tak beli akan DITOLAK MARKAH (itu ugutan tak profesional dari seorang yang bergelar pensyarah).

Sebenarnya kita ada 3 pilihan dalam memiliki buku teks, Pilihan pertama BELI BUKU ORIGINAL DAN BARU KELUAR DARI KEDAI , Ke-2 DAPATKAN BUKU TERPAKAI DARI SENIOR, Ke-3 DAPATKAN BUKU SECONDHAND or CETAK ROMPAK (aka fotostat version) yang mana harganya jauh lebih murah.

Sebagai student for sure kita nak yang lagi murah lagi bagus, yelahh...kalau nak diharapkan dengan duit PTPTN/MARA/BIASISWA/or PAMA (PAPA n MAMA) mana nak tanggung belanja perut lagi, nak bayar yuran persatuan itu ini lagi, bayar duit buat asgmnt lagi (duit fotostat tugasan) , bayar itu ini....semua itu dari duit PINJAMAN n for sure kalau duit PTPTN/MARA/BIASISWA semua tu sebelum masuk ke akaun kita telah dipotong awal2 oleh pihak Universiti dengan yuran yang bukan-bukan, kadang2 ada yuran yang tak masuk akal pun dikenakan (cth : yuran servis menggunakan tandas =_=). So, dengan subjek yang paling koman student akan ambik adalah sebanyak 4 ke 7 subjek, pastinya setiap kelas tu memerlukan buku....dan kalaulah pulak setiap kelas tu mewajibkan student beli buku...itu jawabnya satu KEKEJAMAN SENYAP ke atas student yang menagih ilmu. Student datang belajar bukan percuma, yuran universiti satu hal, yuran penginapan, yuran kesihatan, yuran kelab, yuran kokurikulum, yuran itu ini...semua berbayar dan bila tiba bab buku KENAPA PERLU PIHAK UNIVERSITI/KOLEJ/etc masuk campur student nak beli yang ORI/PINJAM SENIOR or SECOND HAND punya aja..janji itu buku yang sama, jilid yang sama, edisi yang sama....yang penting ILMU YANG SAMA.

Takkk, student masih wajib membeli buku ORIGINAL dengan harga ratusan ringgit untuk kegunaan 1 semester (6 bulan) atas alasan SETIAP BUKU MEMILIKI KOD KUIZ YANG BERBEZA. Yes, pihak penerbit buku sekarang dah bijak....mereka tahu student kebanyakan akan memilih alternatif meminjam dari senior or membeli buku terpakai sebab harga yang lebih murah. Tapi macam mana pulak bila setiap buku memiliki kod untuk soalan exam/kuiz yang berbeza2 dan tidak boleh dikongsi. Itu semua PERNIAGAAN, mereka menjual KOD KUIZ ONLINE dan bukannya buku. Kebanyakan student terpaksa beli sebab KOD terbabit dan bukannya kerana buku. Seingat ak, sepanjang ak jadi student dulu ada dekat 4 buah buku yang ak DIPAKSA BELI SEBAB ADA KOD tersebut. Yang ak peliknya, buku2 tu bukannya ditulis oleh pihak universiti/pensyarah tapi pihak luar....berapa banyak komisyen pihak penerbit bagi dekat pensyarah bila memaksa student beli buku terbitan mereka??? Korang tak rasa ke soalan online tu sebenarnya menyusahkan student. Walaupun kita bebas menjawab di mana saja bersama kawan2 sambil boleh buka buku untuk memeriksa jawapan, tapi masalah utama kat sini setiap soalan ada MASA YANG AMAT TERHAD. Ak pernah tenguk kawan ak dapat markah 0 dalam kuiz online gara2 tak sempat tekan butang SUBMIT....dan hal itu bukannya gara2 dia lambat jawab soalan, tapi sebab komputer yang loading n buat hal...masa tetap berjalan, dan hukumannya member ak dapat markah KOSONGGG.....

Bukankah lebih mudah dan terbaik kalau pihak pensyarah/universiti yang buat soalan untuk kuiz bagi student mereka, mereka yang mengajar n mereka mesti tahu dimana tahap keupayaan student. Kalau nak diikutkan ahli perniagaan macam pihak penerbit,  rasanya Kulit Buku pun nak dijual. Jadi TOLONGLAHHH JANGAN MEMAKSA STUDENT DENGAN CARA SEKEJAM INI. Bukan semua student itu senang, walaupun dapat pinjaman tapi macam ak kata tadi, student still kena tanggung perbelanjaan itu ini dan walaupun ada antara kami yang menggunakan khidmat PAMA (PAPA n MAMA) sebagai sumber tambahan tapi kami pun ada rasa malu n kesian dekat orang tua...asal telefon mintak duit, asal telefon mintak duit....silap2 haribulan bila nama kami naik je dekat panggilan telefon mak bapak kami, diorang mula rasa cemas n takut nak angkat telefon tu.....soooo please lahhh.....HAK UNTUK BELAJAR ITU TAK BOLEH DIBATASKAN DENGAN HAK UNTUK MEMAKSA....

Sekarang nie pihak kerajaan dah mula nampak dengan masalah student, dibaginya baucer buku BB1M kat student . 1 student dapat la dalam RM250, tapi kalau 1 buku harge RM89.90 (paling murah tuuu) n ada 7 lect kejam yang paksa student beli buku ....agak2 cukup ke baucer sebanyak tu??? However, as student ak still syukur dengan BB1M tu, at least dapatlaaa beli 1 or 2 buku dari langsung tak dapat ape kannn....

Now, persoalannya...wajar ke pihak pensyarah/universiti/etc menjadikan student sebagai tempat mendapatkan KOMISYEN dari pihak penerbit yang memang sah2 berniaga dengan menjual buku dan sekarang nie KOD PAKSAAN....dengan mengabaikan hak student untuk mendapatkan buku terbabit secara bebas x kira ORI/PINJAM/ or SECOND HAND pun..janji buku....Pendapat korang.....

potpetpotpet : syukur ramai lect ak skrg mula cakap "awak nak beli baru ke/pinjam ke/rompak ke suka hati asalkan ada buku"....luv this kind of lect :)

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...