Manusia Yang Paling Aku Takut

Wednesday, April 17, 2013 Nizam Riadzi 4 Comments

Assalamualaikum...


Setiap manusia ada benda yang paling ditakuti, binatang apa yang paling ditakuti, fobia tang mana, manusia mana paling dia takut...ada yang cakap takut kat mak pak sebab mak pak garang, ade yang cakap takut kat cikgu sebab nanti tak siap kerja sekolah cikgu marah, ade yang takut dengan rakan sebaya sebab selalu dibuli...macam2 orang ada rasa takut yang berbeza...dan ak pulak ada perasaan takut dekat sorang manusia nie...dia adalah insan yang paling ak takut sepanjang hidup dan hayat ak kelak.

Nak tahu siapa...orang  tu adalah DIRI AKU SENDIRI. Dengan diri sendiri pun nak takut ke??? hekk elekkkk kann....tapi itulah realitinya. Sebagai manusia biasa ak memang tak lari dari buat silap...ada je kesilapan baru yang ak buat setiap hari tanpa ak sedari...dan ak takut kalau diri aku nie terus hanyut dengan kesilapan yang tak pernah ak sedari.

Seharian hidup pastinya ak akan berurusan dengan manusia lain...dan manusia2 itu semua mempunyai hati dan perasaan. Ak risau kalau ada tiap teletah, tutur kata atau apa saja yang dibuat aku akan membuatkan manusia-manusia keliling terasa hati, marah, sakit hati atau rasa menyampah dengan aku. Semua nie menyebabkan aku jadi takut dengan diri ak sendiri. Selalu jugak cuba mengawal diri bermuhasabah, berfikir sebelum bertindak, tapi dah namapun manusia...akan tetap tergelincir dengan godaan bisikan nafsu syaitan dalam diri.

Andai hari ini ak berbicara kosong, palsu, dusta, menyakitkan hati dan semua itu menyebabkan ada insan-insan keliling ak mula terasa menyampah, sakit hati atau macam-macam lagi, dan jikalau sehingga ak mati ada antara mereka yang masih belum memaafkan ak, Ya Allah...ak tak tahu macam mana nak buat, dosa dengan Allah, insyaAllah diampunkan sekiranya ak sempat bertaubat dengan sepenuh hati...tapi macam mana pulak dengan kekhilafan ak dengan manusia keliling ak selama nie. Dosa sesama manusia akan terus berkekalan sehingga ke hari kebangkitan sekiranya orang yang terasa hati dengan aku tetap enggan memaafkan ak biarpun ak telah tiada.

Ya Allah, jujur cakap diri ini sememangnya tak sempurna, ada saja cacat cela yang sengaja direka...ada saja khilaf baru yang tercipta. Setiap hari dalam doa, kesejahteraan ibu, abah, keluarga, rakan dan saudara seislam sentiasa menjadi ingatan utama... dan setiap kali berdoa tu jugak ak merasakan diri ini semakin lama semakin hina, bertapa hinanya ak dengan dosa-dosa silam... Kadang-kadang ak terasa macam, kalaulah masa boleh diputar, atau kalaulah ak boleh memilih untuk kali kedua...ak akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menyakitkan hati sesiapa. Namun, lumrah alam masa yang berlalu pergi tak akan kembali...dan ak akan terus cuba mengingatkan diri sendiri bertapa ak perlu sentiasa berjaga2 dengan diri aku sendiri.

Korang pulak, korang paling takutkan siapa???? Mak, Abah, Cikgu, Ustaz, atau Diri Sendiri???

Kita semua cuma manusia biasa....adalah biasa kita berbuat kekhilafan, tapi jangan biasakan diri melakukan khilaf itu. Dan, pada semua, sesiapa sahaja yang sebelum ini mungkin terasa hati dengan apa yang saya tulis di situ...seribu kemaafan, seribu keampunan saya pinta dan jujur di sini, saya jugak maafkan kamu semua walau apa jua salah dan silapnya. InsyaAllah ;)

potpetpotpet : dan ak sendiri terasa hati, namun ak maafkan kamu

You Might Also Like

4 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...