LUQMAN AL HAKIM KECEWA DITUDUH TERLIBAT KES BULI

Saturday, April 13, 2013 Nizam Riadzi 2 Comments


Assalamualaikum...


Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah Sekolah Menengah di sini kecewa kerana dituduh membuli seorang pelajar lain bulan lalu. Luqman Al Hakim Ahmad, 15, menafikan bahawa dia terlibat dengan kes itu dantelah membuat laporan polis sebaik mengetahui gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dianggap sebagai suspek utama kejadian itu. Dia turut merasa trauma untuk keluar rumah, katanya.

“Saya pelik apabila ibu bertanya sama ada saya terlibat dengan kejadian buli di sekolah. Ibu beritahu sepupu saya ada datang ke rumah dan maklumkan bahawa gambar saya dimuat naik di blog kerana membuli seorang pelajar. “Saya terus periksa telefon bimbit saya dan terkejut melihat banyak nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon saya. Kemudian saya semak akaun Facebook, Twitter dan Instagram saya yang semuanya penuh dengan komen-komen dari orang yang saya tak kenal. Mereka tuduh saya macam-macam, saya jadi takut,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Anak bongsu dari lima beradik itu kemudiannya bertindak menutup sementara akaun laman sosialnya kerana tertekan dengan tohmahan orang ramai yang tidak tahu keadaan sebenar. “Saya juga tidak boleh tidur lena, susah untuk beri tumpuan ketika belajar dan takut untuk keluar rumah kerana bimbang dicederakan,” katanya. Baru-baru ini tersiar sebuah klip video di Facebook dan Youtube yang memperlihatkan seorang pelajar lelaki dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelajar yang kemudiannya turut disertai dua pelajar lain.
Pihak Pelajaran Negeri berkata ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan dibuang sekolah sementara mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan serius. Luqman Al Hakim yang mengenali ketiga-tiga pelajar terbabit berkata ketika kejadian dia berada di dalam kelas yang berlainan dan hanya mengetahui insiden itu seminggu selepas kejadian. “Saya hairan kenapa saya dikaitkan dalam kejadian itu, mungkin mereka ingat saya yang terlibat sebab wajah saya mirip salah seorang daripada pelajar berkenaan, kemudian gambar saya disebar di Internet,” katanya. sumber : mstar
Nahh, tudiaaa...dah baca, so sebelum nie pun ak ada buat entry pasal mamat ni kat SINI so sekiranya betul.... Jujur dari hati saya minta maaf bebanyak dekat adik Luqman ya sebab buat entry tanpa pemeriksaan lanjut. Tapi jujur cakap muka ko memang iras budak2 gengster tu....so dengan laju jugak jemari ni menaip....again Im so sorry.
However, walaupun ko dikatakan tak terlibat...ak still nak bagi nasihat dekat ko even sepupu ko dah kasi amaran n jawapan kepada gambar ko yang kononnya minum COKE dalam gelas GUINNESS yang mana ramai orang kita tahu gelas tu gelas arak...

Ok lahh, ak andaikan aje ak percaya ko minum COKE, tapi dari gelas GUINNESS.....persoalan kat sini adakah ko tahu gelas tu SUCI n TAK PERNAH DITUANG ARAK KE DALAMNYA??? Kalau ko cakap gelas tu dibasuh n for sure suci ak nak ko andaikan macam nie pulak... MANGKUK JAMBAN, tempat pembuangan tinja manusia tu...kalau ko dah berry dalam tu...then ko cuci...orang letak MEE GORENG...adakah ko rasa MANGKUK tu SUCI???? Atau ko rasa macam LOYA seba ko tahu sebelum nie MANGKUK tu pernah dicampakkan tinja ke dalamnya. Kalau ko cakap ak bodoh sebab bandingkan Tinja dengan Minuman...ok lahh, dalam bahasa moden minuman tu dipanggil ARAK/ALKOHOL...dalam bahasa kuno yang ko tak tahu benda tu dipanggil AIR KENCING SETAN..... So, persoalannya adakah ko tahu bahawa TINJA dan AIR KENCING kedua duanya sama..iaitu NAJIS dan amat dilarang dalam agama...
BTW, sekadar nasihat..lain kali kalau boleh janganlah bergambar dengan sesuatu yang boleh menimbulkan SYAK dan FITNAH macam gambar ko minum COKE dalam gelas ARAK tu...mungkin betul ko minum COKE, tapi masalah di sini adalah ko dah timbulkan satu gambar yang buat orang rasa ko minum air kencing....jadi, jangan salahkan orang lain kalau mereka berfikiran negatif bila anda sendiri mula membuatkan diri anda kelihatan negatif. Sekali lagi, salam kemaafan n harap terima teguran tu ya...buat sepupu...lain kali jadi la sepupu yang gentel..jangan jadi annonn....phewww

potpetpotpet : y remaja sekarang suka benar berbangga tayang gambar KEKONON minum ARAK ek???? pelikkkk

You Might Also Like

2 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...