Lain kali PANCUT LUAR katanya

Assalamualaikum...

Maaf entry menggunakan bahasa lucah dan kasar yang tidak begitu digalakkan.




Have u seen the video yet??? If not, please do see it first and then read this blog.

Contraception, well do u know what is that??? Dalam bahasa mudah lebih ke arah PENCEGAHAN KEHAMILAN... As u can see in that video, it seem like ramai lagi remaja Malaysia yang tak faham tentang apa sebenarnya itu seks. Disebabkan isu nie terlampau sensitif and dikatakan akan mengalakkan remaja berhubungan seks sekiranya belajar or didedahkan dengan ilmu ni, maka ianya dilarang. Tapi sekarang nie pihak kerajaan dah mula menjalankan pendedahan awal ke atas pelajar mengenai hal2 nie semua....

Bagi ak pendedahan ilmu seks ke atas pelajar di peringkat awal itu adalah terbaek sebab pelajar ni golongan remaja, dan selalunya remaja nie cuba nak belajar sesuatu yang diLARANG dan yang pastinya macam2 cara boleh belajar benda tu. Mana lebih baik, diajar oleh pakar2 seperti Guru/Dokter/Kaunselor atau biarkan aje pelajar tu belajar sendiri dengan buat latihan ulangkaji layan video lucah di internet dan buat praktikal dengan rakan sebaya??? Rasanya pasti ramai yang tahu mana yang lebih baik kan...

 Kalau nak diikutkan statistik pembuangan bayi kat Malaysia nie memang menakutkan dan boleh dikatakan setiap hari ada aja yang ditebuk tupai...itu baru kes suka sama suka, saling nak memahami..macam mana pulak dengan suka sama paksa iaitu kes rogol/liwat...itu semua berlaku...kita dengar masalah nie tapi pekakkan telinga, kita nampak semua nie tapi butakan mata...macam mana nak atasi masalah ni...

Jawapan biasa SPM selalunya pendidikan awal dari rumah, then didikan dari guru, then pengaruh rakan sebaya...bagi ak itu semua SETAN.... Jawapan terbaik adalah DIRI SENDIRI... Remaja memang berfikiran  tak panjang, buat perkara ikut suka hati...apa yang nak dibuat itu yang dibuat tapi masalahnya sekarang bukannya tak boleh fikir buruk baik sesuatu tindakan. Adalah sangat setan bila Ibubapa/Guru dan Rakan yang dipersalahkan dalam hal ni. Yes memang ketiga2 entiti tu memainkan peranan tapi peranan utama sebenarnya diri sendiri... Hanya mereka yang tak sayang diri sendiri akan buat sesuatu yang merosakkan diri. Kalau diikutkan mitos pegang2, sekali MAIN tak mengandung itu semua tahyol... Ada yang terlajak pandai cakap PANCUT LUAR, tapi macam mana pulak kalau tak sempat nak keluar dia dah ke dalam??? Minta maaf kalau bahasa yang ak guna nie lucah n kasar, tapi sememangnya ak takde toleransi dengan orang2 bodoh yang tak sayang diri sendiri.

Remaja dengan cinta monyet itu adalah biasa....sayang u papa, rindu u mama itu dah jadi macam satu trend...bahkan realiti kalau ada yang tak tahu di sekolah lagi ada yang bertanding siapa dalam pecahkan lubang/dapatkan batang paling banyak dia disanjung di sekolah...itu realiti yang mungkin ramai tak tahu tapi itu sebenarnya. Zaman ak sekolah dulu kes macam nie dah berlaku...tapi masa tu zaman internet takdelah sehebat sekarang...budak2 dulu tak mampu nak beli handphone atau laptop tapi tidak budak sekarang...semua serba serbi disediakan....tapi masalahnya cara penggunaan tu tak terkawal.

Sedikit nasihat untuk ibu/bapa.....sekiranya korang menawarkan pakej wifi percuma kepada anak2, TOLONGLAHHH pastikan website2 porno atau apa2 yang tak berpatutan DITAPIS....DISEKAT...dan semua nie boleh dilakukan dekat pusat perkhidmatan internet yang korang langgan. Jangan jadi bengap dengan bercakap, KAMI IBU BAPA BEKERJA, XDE MASA NAK KAWAL DIA LAYAN BLUE or what so ever...benda nie boleh dikawal dengan sekatan internet di rumah...dan kalau di luar tu lain cerita, alasan boleh diterima pakai... Anak2 bukannya anjing nak diikat leher sepanjang masa, diawasi gerak geri mereka....sebolehnya tunjukkan kasih sayang dan kepercayaan yang berpatutan..jangan terlebih atau terkurang...ada yang terlebih dipijak kepala, dan kalau terkurang diberontak pulak.

Zaman remaja nie semua orang pernah lalui....jangan abaikan satu masa yang cuma datang sekali. so, soalan ak tadi...kontrasepsi tu apa???? tahu cara mencegahnya????

potpetpotpet : risau dengan adik2 semua

Popular Posts