Do n Dont : Bahaya Bila Panas Melampau

Tuesday, April 02, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Sekarang nie dekat Kedah terutama kat Sintok UUM nihh memang panas lain macam, bahang die tu menyengat abis... Tandas tu mule la jadi tumpuan student2 untuk membasahkan badan...jap2 mandi, jap2 mandi...memalam pun nak tido berpeloh habaq hang...hahaha...nasib dalam kelas sejuk, nyaman jee...kekadang membeku sangat, tapi tulahhh....suhu badan tu dia jadi macam tak stabil pulak, dalam kelas macam dekat eskimo, luar kelas macam kat gurun sahara...perhhh, ce bayangkan bertapa boleh rosak n bahayanya badan time2 cuaca cenggini.

So, nie ak copy/paste sedikit info nasihat dari jabatan kementerian kesihatan berkenaan cuaca panas cam nihh...sila baca yaaa, penting tuk kita semua.



Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia




haaahahahaa.....nampak gambar tu, ape pendapat korang...kalau lelaki pakai payung time TAK HUJAN tu tandanya dia LEMBUT ke??? Hilang KEMACHOAN ke???? Entahh, tu pandangan masing2 kann, tapi bagi ak itu bergantung pada keadaan jugak...Ak kalau waktu hujan memang patut berpayung la kann, kalau cuaca panas pulak macam mna...aku??? hahahaa,.....tenguk keadaan jugak, kalau panas tu cuma panas manja2, suam2 kuku jaa...x payah payung pun....tapi kalau panas macam sekarang nie, memang ak guna payung...bukan apa, untuk kesihatan jugak kann....cuaca panas terik nie boleh buat sakit kepala kalau kena selalu...so kalau nak dijaga imej kelakian atau kesihatan, ak pilih kesihatan..apa guna macho tapi nampak bodo...hahaha, maksud ak..yalahhh...orang lain berpayung, ini bodo sorang2 kunun mau tunjuk ak lelaki, hebat tak payah berpayung..lepas tu mula sakit kepala...hahaha

Semua nie sebenarnya mind set kita jugak...terlampau ikutkan pandangan n pendapat orang lain. Cuba tenguk CINA, diorang tak kira lelaki/perempuan mesti guna payung kalau mau keluar....kalau panas mostly lelaki cina akan guna payung, n lelaki melayu jarang2 laaaa...jaga imej katanya, kalau pakai payung nanti nampak pondan..hahaha..kesian baa kalau ada yang berpikir macam tu...aduii naaaa, apa mau jadi nihhh...

So tu jalahh mau cerita, jaga diri ya time musim panas2 ni..jangan pigi cari itu bomoh hujan pulak...syirik tu,...hahahaa

p/s: tetibe ak cakap sabah ape kes...myb sebab gambar tu gune dialek sabah..hahaha...ok ba kalau kauu..hahaa

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...