Samsung Galaxy S4 kini didedahkan...tiada lagi misteri

Friday, March 15, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Tepat jam 7 pagi tadi Samsung Galaxy S4 telah mula dilancarkan di dalam satu acara perasmian yang berlangsung di New York City. Samsung Galaxy S4 yang selama ini dinanti ramai kini telah didedahkan dan tiada lagi misteri.

So, apa lagi...jom kita tenguk apa yang diberikan oleh pihak Samsung dengan keluaran produk terbaru mereka Galaxy S4...

Samsung Galaxy S4 press
Hardware

Sebelum nie beberapa desas desus berkenaan hardware yang bakal ditampilkan Galaxy S4 seringkali kedengaran, dan nampaknya semua andaian itu hampir 100% betul...x caya....usha sini...

Specification

Samsung Galaxy S4

Operating SystemAndroid 4.2 Jelly Bean TouchWiz Nature UI
Size136.6 x 69.8 x 7.9mm
Weight130g
Display typeSuper AMOLED
Display size4.99-inch (12.67cm)
Display resolution1920 x 1080 Full HD
Display density441ppi
CPUInternational version
  • Samsung Exynos 5 Octa
  • Quad-core A15 (1.6GHz) + Quad-core A7 (1.2GHz)
US version
  • Qualcomm Snapdragon 600 APQ8064T
  • Quad-core Krait 300
  • 1.9Ghz
GPUInternational version
  • PowerVR SGX 544MP3 GPU
  • 3-core, 533Mhz
US Version
  • Adreno 320
RAM2GB
Internal Storage16GB/32GB/64GB
MicroSD card slotmicroSD, microSDHC, microSDXC up to 64 GB
Main camera13MP
Front camera2MP
Battery9.88Wh
NetworksGSM, HSPA, LTEMicro-SIM
Wi-FiWi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-bandWi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
ConnectivitymicroUSB, MHL 2, USB host, DLNAInfrared blaster
Bluetooth4.0 with A2DP
GPSA-GPS, GLONASS
Software:

Jika dilihat pada rekaan, Samsung Galaxy S4 seperti tiada perbezaan dengan Galaxy S3 sebelum ini...tapi perlu diingatkan yang Galaxy S3 dikeluarkan hampir setahun yang lalu..maka semestinya terdapat perubahan yang diberikan bagi menepati kos wang ringgit yang bakal kita belanjakan untuk produk terbaru ni. Samsung Galaxy S4 menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dengan janaan TouchWiz di dalamnya, antara spesifikasi menarik yang turut diberikan adalah.. ^^


  • Dual Camera : Pengguna boleh menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak...sebagai contoh sekiranya korang tengah sambut brday anak korang n husban/wify xde...so korang boleh buat video call secara serentak...sambil bervideo call, boleh tunjuk anak korang tiup lilin...nice kan...
  • Sound & Shoot : Kiranya sambil ambil gambar, korang boleh rakan bunyi yang ada kat keliling
  • Drama Shoot : Berkeupayaan untuk mengambil 100 keping gambar sesaat...sakan berposing la haii
  • Erase : memadam gambar yang tidak diinginkan secara serentak
  • Air View : fungsi yang nie dah ade kat dalam Galaxy Note 2, yang mana korang tak perlu sentuh pun skrin tapi sekadar melalukan aje jemari mulus tu, so dari situ skrin akan bergerak mengikut arah yang korang lalukan..
  • Story Album : so bila dah sedap snap banyak gambar, korang boleh terus mereka cipta album yang korang inginkan dekat dalam handphone nie...mudah kann (korang turut boleh menempah album untuk dijadikannya album nyata)
  • Air Gesture : Sama fungsi macam Air View tadi
  • Smart Scroll : Berkeupayaan untuk mengikut gerak anak mata kita, contoh macam korang baca artikel dalam web, or pape jelah...then bila dah sampai kat ayat terakhir tu, smart scroll akan menjalankan tugas die dengan automatik membuka page yang baru...no need to touch any button bebehh.
  • Smart Pause : bagi yang gemar menonton video, fungsi nie amat mesra dengan korang sebab ianya berkeupayaan untuk menghentikan mainan video bila korang tak pandang kat dia...kiranya ini jenis handphone yang memerlukan kasih sayang n perhatian lebey la nihh..nak tenguk die baru die mainkan video..haha..nicee.
  • S Translator : berkeupayaan untuk mengalih bahasa sehingga ke 9 bahasa (omputih UK/US, jepun, Korea, China, France, German, Portugis ngan Itali)
  • S Health : mengawal kecerdasan korang dengan telfon aje, tapi korang kena ada aksesori tambahan tahu..
  • Samsung Knox : fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam Galaxy S4 adalah Samsung Knox yang mana mensasarkan kepada golongan bekerjaya...yelah, golongan bekerjaya kan memerlukan perngkhususan khusus untuk mengatur urusan bisnes dengan personal...kiranya Samsung Knox nie pencabar terdekat B;ackberry dalam pasaran sasaran peniaga.
  • S Home Sync: berfungsi untuk mengintegrasikan maklumat dari handphone kepada mana2 hardware yang lain secara automatik macam TV, Lappy bagai.
  • S Voice Drive : berfungsi dengan baik terutama bagi pemandu...kiranya korang boleh menggunakan telefon dengan hanya menggukan arahan suara.
  • Group Play: merupakan fungsi untuk gamer yang inginkan permainan secara berkumpulan. Group play berkeupayaan untuk menyokong sehingga 8 pemain dalam satu2 masa...
  • ChatOn : fungsi chat samsung yang telah dikemas kini yang mana kini pengguna boleh menbuat panggilan video sehingga ke 3 pnmangil secara serentak dengan menggunakan kedua2 kamera yang disediakan..
  • IR Sensor : boleh digunakan sebagai remote control untuk smart tv kat rumah...xyah berebut2 ngan adik2 lagi...capai telefon picit...hahaha
Galaxy S4 launch 000049

potpetpotpet : kenapa x diupgrade kalis air jugak....adehhh....

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...