Kes Pertempuran di Lahad Datu Sabah : 2 komando Malaysia tekorban

Saturday, March 02, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments


Assalamualaikum...



Hari nie Malaysia khususnya di Lahad Datu Sabah digemparkan dengan serangan dari pihak Sulu yang telah bertempur dengan angkatan pertahanan Malaysia.



Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
...................................................................................................................................................

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
.........................................................................................................

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.



Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 9.30 Pagi esok ( 2 march 2013 ) . Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.




Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.
..............................................................................................................................................

Bekas Senior Alumni UUM



Bekas senior.... Yes, Insp. Zulkifli Mamat yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara merupankan bekas Alumni UUM pada tahun 2006. Dia merupakan seorang bekas Suksis semasa masih menuntut pengajian di sini. Mewakili kami semua warga UUM, salam takziah penuh hormat keatas wira negara yang juga SENIOR KAMI... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

  . 





.....................................................................................................................................

Abah dah Meninggal...




“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.

Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.

Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.

















 Potpetpotpet : Al-fatihah untuk arwah dan Semoga kekecohan di sana cepat reda...Amin.                                 

                                                    
                                              
                                              


You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...