Bila yang Haram di Halalkan... :Jadi peminat biar berilmu


Assalamualaikum...

Kali nie ak nak jadi blogger gosip plak...muahahaha, like2 abam Beautiful Nara *Beautyyy la sangattt*... wokehh... ak nak tanya korang ada minat artis mana2 tak...jangan cerita kat ak pasal artis korea...ak masudkan artis Malaysia..hahahaa, sokong buatan Malaysia yaa. So, mostly artis Malaysia ramai melayu kan...bangsa lain pun ada tapi kali nie ak nak fokuskan pada artis yang beragama Islam...seagama dengan ak kiranya. Hemmm....korang minat dia *artis tu laa* korang ada follow akaun sosial diorang??? macam facebook, twitter, instagram...Yeayyy...kalau korang ikut memang korang sokong buatan Malaysia...naisss...tahniahh

Tapi...ehemmm, ak nak cerita pasal instagram pulak....so macam korang jugak, ak pun suka berkongsi gambar soSIAL ak kat instagram..muahaha...suka komen2 gambar kawan2 yang kita follow n ada la jugak dua tiga orang artis yang ak follow...nak dijadikan cerita, memang instagram tu lokasi awam...p lantak lah nak sumbat n kongsikan gambar apa pun....n as artis memang wajarlah diorang kongsikan gambar2 diorang dekat situ...yelah peminat nak jugak tahu perkembangan semasa kan...ak pun usha2 jugak....plus kebanyakan gambar artis kan lawa2, grand2 semua *walaupun baju pinjam semata*...so kite pun leh la tumpang verangan nak jadi cam diorang....ak, hemmm just usha n mana ak berkenan ak LIKE...yeayyy...

Tapi, macam mana pulak dengan situasi nie... 

Pompuan n Jantan tu bukan muhrim, yang pompuan jelas2 seksi semacam...kain x pernah x cukup tutup peha walaupun anak datuk...yang jantan pulak walaupun tukang jahit baju tapi still x reti nak tampong baju aweknya itu.... Do I Kesah...noo mak jemah x kisah..lantak lah kau kemiskinan seperti itu, walaupun memasing pakai Chanel n Prada sebagai kain lap hinggus... Diorang berkapel, berpelukan, bermesraan dan berinstagram seSWEETT yang mungkin sehinggakan ramai peminat yang JELES dengan diorang... dan antara komen2 yang selalu puncul dari peminat adalah...

*Untungnyaaa...korang sweett sangat*
*Alololooo, seronoknya dapat peluk macam tu*

Bagi aku... #IniSemuaPoyo... adakah peminat terbabit BODOH LAGI BANGANG...MENGHALALKAN KEHARAMAN YANG TERSAJI DI DEPAN MATA... Kalau komen macam tu tak ke macam MENGALAKKAN kaple sweet terbabit untuk terus berBelangkas seperti itu... Korang rasa, dosa yang dia dapat tu ade tempias dekat kita yang bagi sokongan tak...yelah, since ramai yang suka...baik peluk aje...lagipun SWEETTTT KATANYAAA...

ak selalu jugak nampak komen macam nie...

*Woiii, korang macam haram, da la peluk2 bukan muhrim, jangan nak sial sangat*
*Nama je islam, peluk sana sini..xde maruah ke*

Owhhh maiigaddd..... Lidah itu lebih tajam dari pedang ya rakan2 semua.... Memang dalam Islam kita digalakkan untuk menegur dan menegah perkara yang tak baik berlaku depan mata. Berdosa kalau kita abaikan dan pejamkan mata, tapi perlu ada Adab dan sopannya. Cuba bayangkan, niat kita baik...just nak bagi kaple sweet terbabit sedar, tapi disebabkan diorang terasa hati, diorang berdoa moga2 dosa diorang ditepek kat dahi kita pulak...doa orang teraniaya nie mustajab tahu...so, berkata-katalah perkara yang baik2 walaupun dalam teguran. Kalau tak boleh nak menegur secara baik, lebih baik memaki hamun dalam hati je..hahaha, biar kita dan tuhan je yang tahu....dan doakan aje moga2 kaple sweet terbabit sedar segera.

Contoh ayat yang sesuai bila nak tegur retis yang penuh peminat fanatik buta tuli adalah...

Artis comolot : amboii, sweetnya....tapi kann, kalau dah nikah mesti lagi sweet..halal pun halal...toi tak, tp u guys tetap sweett...

Haaaaa....nampak tak ayat tuuu, tu namanya ayat kipas retisss, kita kena puji diorang sambil kasi hint nasihat sikit..bukan ape kalau kita main serang je bagi nasihat like2 ustazah..kompom2 akan ade je peminat fanatik yang membuta tuli membantah n menghentam korang. Nak2 silap aribulan, diorang siap cakap macam nie..

*lantak dia la nak comolot pun, tu bf dia...bukan bf kau....*
*tu jenis hasad dengki la tu tenguk orang lain bahagia, biasa la org tgh kaple*

Sooooo...korang nampak tak apa yang ak cuba sampaikan dekat sini....huhuhu....

Sebagai peminat memang bagi ak tak salah untuk kita suka dengan retis or individu manapun...tapi jangan la pulak sampai kita jadi PENYOKONG KESETANAN diorang dalam tak sedar. Diorang p buat DOSA , kita pulak p cakap SWEET...lagi la diorang buat, kalau nak menegur pulak biar beradab....jangan main serang je...bak kata pepatah, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak....erkkkk, sesuai ke idok perumpamaan ak ngan entry nih...muahahaha...ntahhh..lantakkk

potpetpotpet : Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya. Amin

Popular Posts