15 Mac Yang Gempak : Sony Xperia Z mula dipasarkan di Malaysia & Generasi Baru Samsung Galaxy 4 dilancarkan

Thursday, March 14, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Buat peminat perkembangan teknologi smartphone negara..pastinya esok ataupun 15 Mac merupakan tarikh yang dinanti-nantikan ramai. Sebab apa, sebab esok dua kemunculan rasmi smartphone terkemuka keluaran Sony (Jepun) dan Samsung (Korea) mula melancarkan produk masing2.

Sony Xperia Z mula dilancar di Malaysia ESOK!!!

Untuk Sony melalui telefon pintar terhebatnya buat masa ini iaitu Sony Xperia Z, walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun kemunculannya secara rasmi di Malaysia hanya akan dirasai esok apabila pihak Sony Malaysia telah menyatakan secara rasmi bahawa mereka akan mula mengedar dan menjual produk terhebat mereka kepada pengguna. Pasti ramai yang menanti untuk mendapatkan telefon terhebat buatan Sony ni kan...

Untuk sesiapa yang mungkin sudah lupa tentang spesifikasi Sony Xperia Z nie....secara ringkasnya Xperia Z yang terbaru menampilkan rekaan gelas tahan calar sepenuhnya bersaiz 5" kepada rangka utama. Selain daripada tahan calar, dan debu, Xperia Z yang dikuasakan oleh Snapdragon S4 dengan processor 1.5GHz juga mempunyai keistimewaan kalis air dan dikatakan berkeupayaan untuk berada di dalam air selama 30 minit tanpa sebarang masalah. Teknologi Bravia Engine , Sony Network, ketahanan jangka hayat batery, auto fokus kamera sehingga 13mpx , fully HD screen serta beberapa ciri tambahan yang lain turut menjadikan Sony Xperia Z antara gadjet idaman yang boleh diangkat sebagai WAJIB ADA.

Bagi korang yang dah berkenan, bolehlah berkunjung ke Sony Store Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Samsung Galaxy S4 dilancarkan ESOK!!!

Bloomberg: Galaxy S4 Qualcomm and Exynos 5 Octa versions confirmed, no eye scrolling feature though

Amacam, sudah bersediakah korang dengan smartphone terbaru keluaran syarikan Sammy dari Korea nihh... Yes, Samsung Galaxy S4 semamangnya dinantikan ramai peminat dan pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Sudah banyak desas desus berkaitan Samsung Galaxy S4 mula tertiris di dunia siber bahkan ianya seperti bukan lagi satu misteri seperti Galaxy S3 yang pada waktu pengumuman pelancarannya, ramai masih berteka teki mengenai bentuk rekaan yang bakal ditampilkan. Tidak dengan Galaxy S4, hampir setiap hari akan ada saja image baru berkaitan dengannya walaupun ianya masih boleh dikatakan hanya DESAS DESUS...tapi bagi ak, kalau semua gambar dah lebih kurang sama....apakah mungkin benar itu adalah rekaan terkini bagi Samsung Galaxy S4???

Samsung Galaxy S4 yang bakal diperkenalkan esok di New York (14/Mac/2013) atau Malaysia (15/Mac/2013) pastinya akan menarik perhatian pengemar teknologi dunia. Galaxy S4 dikatakan bakal tampil dengan skrin bersaiz 4.99" full HD SoLux bagi mengantikan SAMOLED yang sebelum ini digunakan ke atas Galaxy S3 dan NOTE 2. Ianya turut dikuasakan oleh Snapdragon 600 dengan 1.9GHZ selain memiliki 13mpx autofokus camera. Apa-apa pun itu semua hanya desas desus yang mungkin sekadar untuk menghangatkan keadaan....so untuk lebih kepastian apa kata kita bersabar untuk sehari aja lagi dan lihat apa sebenarnya pembaharuan yang bakal ditampilkan oleh syarikat dari Korea dengan jenama Samsung Galaxy S4 mereka...

potpetpotpet : ade sesape nak bagi giveaway Sony Xperia Z kat saya tak... ^^

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...