Mahasiswa Bakal Muflis

Assalamualaikum....


Yes...memang bakal muflis kalau tak berfikir secara rasional dan mengikut nafsu semata. Apa yang ak cuba nak sampaikan nie adalah realiti yang mana ak yakin ada lagi geng2 sealiran dengan ak yang baru je habis pengajian ijazah n mula merangkak2 ke alam dunia pekerjaan.

Gaji korang berapa...RM3000-RM5000? Kalau ia sila jangan nak berbahagia sangat sebab kita ni ibarat dikejar ceti halal. Pinjaman hutang kita mula keliling pinggang and kalau tak berfikir secara rasional alamatnya cop muflis tertepek kat dahi tu nanti.

Sebelum ni ak  ada ikut satu kovensyen antarabangsa yang membincangkan tentang peranan siswazah dalam pembangunan ekonomi dunia....kovensyen tu memang xde menyebut pasal muflis atau tak seseorang itu tapi ak bertuah sebab dapat bersembang dengan seseorang yang sangat celik akal mindanya. Seseorang yang ak langsung tak kenal tapi tak lokek untuk berkongsikan pengalaman n pendapatnya. Datuk Lee Yau Seng...yes, itu namanya...ak x ingat dia menjalankan perniagaan apa tapi apa yang penting intipati sembang berisi yang dikongsikan dengan ak.

Dia cakap, ak antara golongan yang boleh terjerumus dalam golongan muflis pada bila2 masa kalau tak pandai berfikir dan bertindak. Dia tanya ak, waktu belajar ada guna pinjaman tak? Ak cakap tak sebab family ak yang support semua tu... Dia cakap berapa ramai yang beruntung macam ak... Kawan2 u semua parent diorang yang tanggung atau duit pinjaman? Ak cakap ramai yang ambil pinjaman. Dia tanya lagi, berapa ramai yang dapat first class degree for free education...Aku tersenyum je, sebab ak paham....dalam ramai2, mungkin nak dapat satu pun susah...

Yes...hutang pelajaran..rata2 student akan menggunakan pinjaman...x kira lah ptptn or mara or what so eva...hutang tetap hutang dan ianya perlu dibayar balik melainkan first class degree dalam gengaman. Kalau yang habis SPM terus masuk kolej ambil diploma...hutang duit diploma paling bodoh dalam RM20000 thus ada yang cecah sampai RM80000.... Itu baru diploma,kalau nak sambung degree??? Belum mula kerja rata2 sudah berhutang hampir RM50000 atau lebih untuk pelajaran...

Bila dah habis belajar mesti mau kerja...mau kawen, mau beli kereta, beli rumah bagus2....yes yess n yesss....Aku sendiri mengaku sekarang nie ak duk usha2 rumah yang bersesuaian untuk dibeli. Mak ak cakap elok beli masa muda sebab bulanan nanti nak bayar tak mahal sangat... So...nak beli itu ini...ak yakin memang ramai geng2 ak mula kumpul duit untuk itu semua...tapi perancangan dah betul2 elok atau tidak???
Dalam bulan Januari lepas ak join expo hartanah..ak ambil tahu tentang perkembangan hartanah negara, ak nak tahu berapa peratus kadar kenaikan harga rumah.... Yes, harga rumah memang melonjak naik...kalau dulu sebuah rumah teres tiga bilik bersaiz 20x70 cuma berharga dalam sekitar RM50000 - RM70000 tapi sekarang semua tu dah mencecah RM290000 - RM400000....dan itu di kawasan ipoh perak yang mana bagi ak pembangunannya tak sehebat pulau pinang, lembah klang atau johor bahru. Realitinya kalau nak diharapkan gaji sekadar RM3000 sebulan memang sekadar mampu beli rumah bersaiz ini....x berani rasanya nak berfikirkan saiz rumah yang lebib besar dengan harga yang jauh lebih mahal.

Macam mana pulak dengan kereta... Ak tersenyum sebab ak tenguk ramai kawan2 ak yang sudah mula membeli kereta baru...keluaran terbaru...nak2 pulak ada syarikat yang pandai memancing dengan promosi harga kereta untuk lepasan ijazah bagai.....yes, memang bergaya tapi adakah mengunakan duit sendiri atau family??? Kalau ya, tahniah anda beruntung tapi kalau pinjaman bank??? Ak tak pasti tentang pinjaman jangka panjang sekiranya boleh dibuat sebanyak dua kali atau lebih kalau sekadar berbekalkan slip gaji RM3000....tapi yang ak pasti, pihak bank akan buat semakan sama ada kita pernah membuat pinjaman peribadi jangka panjang atau tidak..jika ya, mungkin akan ada sedikit kerumitan dalam proses pemohonan...n sekiranya tidak...insyaAllah akan dipermudahkan....tapi yang menjadi faktor keutamaan sekarang adalah....pilihan yang mana satu hendak diutamakan...pinjaman untuk membeli rumah atau kereta??? 

Kalau dilihat dari corak gaya pembelian...kereta lebih diutamakan padahal harga kereta setiap tahun akan jatuh dan semakin murah...berbeza dengan harga rumah yang terus melonjak naik...
Dekat sini ak nak ajak semua geng2 sebaya ak berfikir...kita masih muda...masih banyak lagi kita belum belajar, ada pernah terfikir tentang masa depan??? Maksud ak, masa depan yang mana akan memberikan perlindungan pada diri kita n keluarga. Pernah berkira2 tak berapa perbelanjaan semasa yang perlu ditanggung mak ayah untuk perbelanjaan rumah kita. Bil eletrik, air, astro, itu ini...makan lagi....pernah berkira2??? Cuba kita letakkan tanggungjawab itu pada diri kita...macam mana, cukup ke gaji ciput kita tu nak tanggung semua kos tu????

Kalau cukup Alhamdulillah....ak gembira untuk korng, tapi kalau tak...macam mana...ada backup plan??? Kalau perempuan mungkin akan cakap suami tanggung, tapi siapa tahu ajal maut jodoh pertemuan....semua tu perlukan perancangan rapi... Lelaki pulak...sedia maklum tangungjawab kita banyak...banyak mulut bakal kita suapkan, banyak  yang bakal bergantung pada kita...sudah bersediakah kita???

Kalau tanya ak...nope, ak belum sedia....sebab ak sendiri masih cuba berdiri. Mak ak pernah tanya,tak nak beli kereta ke, tapi ak balas ak rela naik motor dari duduk di rumah sewa....Mak ak paham maksud ak, thus mak ak suka dengan apa yang ak rancangkan....korang geng2 ak...mungkin ada yang beruntung parent boleh belikan rumah itu ini...tapi pada yang tidak??? Perancangan tu perlu....fikir panjang dan buatlah keputusan secara rasional...jangan disebabkan nafsu...kita bakal digelar belia muflis...tak sempat bersorak, dah jatuh tersungkur...

Potpetpotpet : itu belum ak cerita tentang berapa ramai belia muflis gara2 kad kredit

Published with Blogger-droid v2.0.6

Popular Posts