Blackberry 10 vs Android Smartphone : Pendapat Aku

Saturday, February 02, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...


Blackberry 10 baru aje muncul dalam dunia smartphone....bagi peminat Blackberry, ak yakin kedatangan Blackberry 10 umpama memberi sinaran n harapan baru kepada diorang bila mostly sudah ramai yang mula rasa agak hampeh n berduka cita dengan smartphone blackberry yang terdahulu. Terlalu outdated, agak keterbelakang kalau nak dibandingkan dengan OS yang lain (Android, IOS,Window). Tapi apa kata kita beri peluang kepada Blackberry untuk menonjolkan kehebatannya...kita lihat secara sepintas lalu mengenai spesifikasi Blackberry Z10 dibandingkan dengan Android smartphone yang terkini (Sony Xperia Z, HTC DNA, LG Optimus, Galaxy S3/4)

Di bawah nie ak sertakan perbezaan spesifikasi antara Blackberry Z10 vs Galaxy S3 yang mewakili telefon pintar android (mostly android phone ada spesifikasi yang hampir sama atau lebih baik)

Blackberry Z10 Vs. Samsung Galaxy S III

Nahh....itu perbezaan kalau kita bandingkan dengan Galaxy S3, tetapi perlu ingat spesifikasi Galaxy S3 sebenarnya tak sesuai dibuat perbandingan dengan Blackberry Z10 sebab Samsung Galaxy S3 sudahpun keluar hampir setahun yang lalu iaitu pada penggal ke dua tahun 2012 manakala Blackberry Z10 baru saja keluar tak sampai SEMINGGU.

Kebanyakan telefon pintar android yang terbaru (XPERIA Z, HTC DNA, LG OPTIMUS) memiliki saiz skrin yang lebih besar iaitu 5 inch jenis skrin yang diminati pengguna sekarang. Selain itu, rezolusi skrin jugak lebih baik bila kebanyakannya mula memperkenalkan skrin berdefinisi tinggi penuh. Dilengkapi kamera 13 megapixel serta saiz batery 3000mAh+++. Itu belum dimasukkan dengan keupayaan tahan calar, kalis air, tahan hentakan dan sebagainya.

Bagi aku, sekiranya Blackberry Z10 dikategorikan sebagai telefon pintar Android, mungkin ianya akan berada di dalam kelas SEDERHANA dan bukannya SUPER SMARTPHONE. Dengan rekaan yang kalau sekali imbas memang mirip Iphone 5, atau mungkin Xperia Z bersaiz mini...ianya memang tidak berjaya menarik perhatian ak bila rekaan telefon pintar lain lebih elegen dan tersendiri.

Walau bagaimanapun, Blackberry yang mengambil masa hampir 18 bulan untuk pengeluaran terbaru nie ada membuat sedikit perubahan yang mana bagi aku mengikut trend semasa. Memiliki kamera dibahagian depan, capaian tambahan BBM VIDEO serta applikasi Blackberry World yang lebih banyak *70000 biarpun kekurangan satu 0 berbanding applikasi android yang kini memiliki sebanyak 700000. Itu belum dikira applikasi IOS dan WINDOW.

Blackberry mungkin sedang cuba bangkit daripada kesuraman seperti yang dialami pihak Nokia, n rasanya ianya adalah masa yang tepat untuk Blackberry mula bertindak dari terus berdiam diri sementara pembuat telefon pintar jenama lain sedang rancak bersaing sesama sendiri.

potpetpotpet : apa2 pun peminat blackberry ramai yang tak sabar dengan kehadirannya ke Malaysia 20 Feb nie...kannnnn

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...