BlackBerry 10 mula dipasarkan di Malaysia

Assalamualaikum...

Semalam 20/2/2013 Blackberry Z10 dan Q10 mula dipasarkan untuk pasaran Malaysia setelah hampir sebulan diperkenalkan. Menurut sumber internet, harga yang mungkin ditawarkan adalah dalam sekitar RM1999 sehingga RM2299, namun ada desas desus yang mengatakan berkemungkinan ianya akan mula ditawarkan pada harga RM2188 dengan Maxis bakal menjadi pengedar terawal yang mula menerima tempahan bermula esok dan mula menjualnya secara rasmi pada 9 Mac depan...ianya akan diikuti oleh pihak Celcom, Digi pada awal April dan syarikat pengedar yang lain.


Mengikut maklumat, Blackberry Malaysia akan mengadakan promosi Trade In dengan potongan harga yang berpatutan mengikut jenis telefon Blackberry lama. Sekiranya korang antara pemilik blackberry sedia ada dan merancang untuk mengupgrade telefon blackberry korang kepada blackberry 10...korang boleh segera melayari facebook rasmi Blackberry Malaysia kerana HANYA 3000 YANG TERAWAL akan diberikan keistimewaan ini. Tapi mungkin saja pihak pengedar seperti MAXIS, CELCOM, DIGI dan yang lain akan turut sama melakukan promosi seperti ini untuk menarik perhatian pengguna sedia ada blackberry.

Bagi korang yang masih tak tahu tentang perkembangan terbaru ini, korang boleh lihat entry Blackberry 10 Dilancarkan yang ditulis pada awal bulan lepas.

potpetpotpet : dah bersedia untuk Blackberry 10????

Popular Posts