Bayi mati dalam kandungan kerana salah ubat

Assalamualaikum...


Al-fatihah dan salam takziah ak ucapkan kepada keluarga rakan ibu ak yang mana telah kehilangan anak mereka ketika masih lagi didalam kandungan. Apa yang lebih menyedihkan, bayi yang telah berusia 9 bulan di dalam perut dijangka lahir pada awal  bulan hadapan...

Bayi malang tersebut dikatakan mati ketika didalam kandungan setelah doktor TERSALAH MEMBERI UBAT kepada ibu mangsa yang datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan kandungan awal pagi tadi.

Perkara ni mungkin akan dikatakan sebagai TAKDIR, siapa kita hendak menidakkan kekuasaanNya, tapi kecuaian SALAH BERI UBAT tu tak patut berlaku bagi ak.

Bayangkan ibu mengandung yang datang ke hospital untuk memeriksa kesihatan kandungannya diberi ubat salah....kira macam dah diberi racun untuk membunuh bayi tu... Ya Allah, ak betul2 simpati dengan mereka...


Harapan ak just 1 je, tolonglahhh lebih berhati2 lepas ni...jangan nak disalahkan doktor/nurse baru pulak sebab setiap tindakan pelatih baru patut diawasi oleh mereka yang lebih bertanggungjawab. Kalau nak menunding jari tu memang senang tapi macam ak cakap tapi TOLONGLAHH ELAKKAN dari berulang lagi...

Yang datang ke hospital bertujuan untuk menyelamatkan nyawa...bukan nak minum racun...

Potpetpotpet : risau perkara-perkara macam nie berlaku...haishh

Published with Blogger-droid v2.0.6

Popular Posts