Asus Taichi vs Sony Vaio Duo 11" : Reaksi Pertama Kali Menggunakannya

Tuesday, February 05, 2013 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...

Kemain panjang tajuk ak ari nie kan....hahaaa, so last Sunday ak berkesempatan untuk jejalan sana sini dengan menyopingkan diri. Ternyata hari Ahad tu ak langkah kanan betul sebab setelah sekian lama ak x masuk Jusco Kinta City Ipoh, sekali datang memang penuh dengan sale...Gila2 sale ak cakap...sana sini sale...n dengan tak semena2 nya ak pun terSWEEP beberapa kali kad debit maybank ak..

Itu bukan persoalannya tapi faktanya sekarang nie adalah ak berkesempatan meninjau sendiri dua hybrid ultrabook yang memang menjadi dambaan kalbu ak masa nieh... Asus Taichi dan Sony Vaio Dua 11".
Secara jujur pandangan pertama ak sebenarnya ak lebih jatuh cinta dengan Sony Vaio yang memiliki pandangan gaya rekaan yang cukup elegan..Lain dari kebiasaan sebab ianya merupakan ultrabook jenis slide...Just slide untuk dijadikan ultrabook, n tutup untuk dijadikan tablet. Asus Taichi pun memiliki keunikan yang luar dari kebiasaan ultrabook bila menampilkan dua skrin yang boleh digunakan secara serentak. Pada ak, dua skrin secara serentak nie bagus jugak sebab bila ak buat kerja n memerlukan perbincangan antara kumpulan, ak tak payah susah2 nak alihkan srin laptop bila diorang boleh tenguk secara terus apa yang ak buat. Thus apa yang lebih penting, skrin nie jugak boleh melakukan dua jenis tugasan...maksud ak, katakanlah ak tengah busy buat kerja n tetiba anak buah datang nak layan cite upin n ipin kat lappy, so cara dia senang ja...skrin pertama ak buat kerja macam biasa n skrin kedua ak pasangkan movie untuk anak buah ak....win2 situation kan... Kalau nak difikir dari segi keunikan ak akan memihak kepada Sony Vaio Dua, tapi kalau memikirkan kepada kemudahan kerja ak akan memihak kepada Asus Taichi.

Berat kedua2 ultrabook hybrid nie lebih kurang sama...dalam sekilo macam tu....kalau nak dibezakan dengan tablet, memang jauh beza la. Ak cuba angkat dengan sebelah tangan...well, kalau pegang sekejap memang tak rasa apa, tapi kalau pegang lama2 rasanya boleh kematu jugak la jari kan. Walau bagaimanapun, kalau nak dibandingkan dengan ultrabook biasa...memang ternyata kedua2 ultrabook hybrid nie sangat ringan. Ak tak tipu memang ringan.

Ak tanya dengan saleman tu, harga macam mana...well harga memang sama takde beza langsung Sony dan Asus nie...bagi Core i5 harga dia dalam RM3999 n Core i7 RM5999....tercekik kan, tapi bagi i7 hanya Sony yang ada...ak tanya yang Asus saleman tu cakap still takde dalam stok...kalau nak kena wat tempahan khas...Yelah, harga pun mahal kan...mesti tak ramai yang nak beli. Tetapi, kalau mengikut pengalaman ak... tak salah melabur kalau apa yang dibeli tu berkualiti n tahan lama. Contoh sekarang nie ak guna Sony Vaio Laptop...jenis VGN-CS33G...ak guna dah nak masuk 4 tahun. Kalau nak dicerita laptop ak nie pernah jatuh atau tak jangan nak cerita lah kan, lappy Vaio ak nie myb dulu2 bercita2 nak jadi penerjun bebas like2 Pandalela Rinong tapi nak wat acane jadi lappy....Kerap jugak la lappy ak nie wat terjunan sulung tapi alhamdulillah sampai sekarang elok xde sebarang kerosakan pun lagi. Bak kata orang menang membeli, menang memakai...tak gitu.

Untuk spesifikasi dalaman pulak Sony Vaio Duo memiliki kelebihan sikit berbanding Asus Taichi. Walaupun ditawarkan pada harga yang sama, tapi Sony Vaio Dua memiliki RAM sebanyak 6GB manakala Asus Taichi  cuma 4GB aje. Dari segi jangka hayat bateri pulak, kedua2nya mampu bertahan sehingga 5-6 jam sahaja...TAPI berbeza dengan Asus Taichi yang tampil kosong....Sony Vaio Duo disertakan dengan bateri tambahan...so kiranya jangka hayat bateri Sony Vaio Duo lebih lama sebab boleh mencapai jangka hayat sampai 10 jam.

Dua2 Ultarbook hybrid nie mengunakan sistem operasi window 8. Dari segi kelancaran kedua2nya sangat lancar...ak sangat selesa n seronok waktu testing2 mende alah dua nih. Tapi kannn, kalau dari segi warna pulak...bagi ak, Sony Vaio Duo adalah juara sebab walaupun berada didalam tempat terang, skrin masih boleh dilihat dengan jelas tanpa ada sebarang masalah berbanding Asus Taichi yang jadi macam...erkkk, kira kita kena pandang fokus bebetul baru nampak...haa, cam tu la lebih kurang cite die...

Keybord...wohh, yang nie sangat berbeza...well, macam ak cakap tadi Sony Vaio Duo jenis slide so keyboard die agak pendek n kecik..tapi jangan risau, ak dah test menaip dekat MS OFFICE n memang selesa xde masalah. Sony Vaio Dua nie xde sediakan trackpad tau, yang ade cube ballpad...lebih kurang sama je fungsi die...ak gune memang xde masalah sangat pun...alah jangan risau, skrin pun jenis sentuh2 maaa...^^. Bagi Asus Taichi pulak memang macam ultrabook asus yang lain...biasa aje, xde ape yang beza...sangat selesa untuk menaip...yeahh, macam ak cakap tadi...xde beza..just biasa...tapiii....bila dicakap tentang fleksibel atau tak, rasanya Asus Taichi adalah juara sebab kedudukan skrin dia yang boleh kita ubah mengikut keselesaan kita. Yelah kadang2 kita nak skrin tu menegak, kadang2 nak condong ke blakang sikit, kadang2 nak condong ke depan pulak...Contoh kalau nak layan movie sambil baring, mesti kita nak ejust2 skrin bagi sesuai dengan sudut pandangan mata kita kan..so Asus Taichi boleh melaksanakan tanggungjawab tu untuk kita tanpa sebarang masalah n berbeza dengan Sony Vaio Duo...just statik...xleh nak diubah , mencondong macam tu jelah dienye...xleh nak ubah ke depan or belakang,...yang die boleh...slide untuk jadi tablet atau ultrabook...itu je retinye..haishhh

So...dari pemerhatian ak tu, dapat ak simpulkan kat sini kedua2 jenis ultrabook hybrid nie memang memukau jiwa...Ak sampai kompius nak pilih yang mana sebab dedua ak suka..nak rembat dedua rasanya ak waras lagi sebab baik ak gune duit tu beli barang dapo ke, beli makan kucing ke kann...so akhirnyaaa...ak pilihh......

[Hot Hot  Hot] A Final Chance For Sony Vaio Duo 11 Ascot Vale Moonee Valley image 5


potpetpotpet : adik ak nak beli jugak...tapi nak suruh die beli asus...blh tukar2 kalau boring...jadi pengguna bijak ok..haha


You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...