Produk 1 Malaysia tak menarik

Sunday, January 27, 2013 Nizam Riadzi 1 Comments

Assalamualaikum...
Nahhh, siapa pernah pergi kedai Rakyat 1 Malaysia yang digembar gemburkan murah lagi menjimatkan...asking me, no ak x pernah...tp ak pernah tenguk barang keluaran di bawah jenama 1 Malaysia untuk pasaraya Mydin...


Yes, macam gambar tu...macam tu la barangan 1 Malaysia....bagi ak sangat HAMBAR lagi LESU...langsung xde daya penarik...xde ciri marketing promotion, xde aspek taktik tarikan pelanggan...atau lebih mudah ak cakap aspek pembungkusan yang ALA-ALA JANJI ADA aje....

Korang jangan pikir ak kritik ni ak x sokong pulak jenama keluaran negara sendiri, tapi ak just nak bagi pendapat dari sudut pandang seorang pelanggan... Packaging untuk produk 1 Malaysia semuanya warna putih dengan logo 1 Malaysia, x tahu jenis apa produknya kalau dilihat dari jauh sebab semuanya sama. Contoh Susu Krimer Pekat dengan Sardin Dalam Tin....dua2 guna packaging yang sama warna putih, ada logo 1 Malaysia n kalau letak sebelah2 memang x boleh dibeza bila lihat dari jauh...nak lihat perbezaan satu je cara, tenguk dengan jarak dekat n baca tulisan samada itu SUSU atau SARDIN... Korang nampak x apa yang ak cuba nak sampaikan....

Pengenalan produk 1 Malaysia ni mmg bagus sb bagi ak org cakap murah n menjimatkan. Sesuaila dgn poket rakyat Malaysia kiranya tapi masalahnya sekarang, ianya agak memalukan bila orang luar negara tenguk jenama keluaran 1 Malaysia xde aspek kreativiti langsung...semua produk warna putih dengan logo 1 Malaysia aje....xde identiti produk langsung...macam mana nak terkenal ke peringkat antarabangsa...bagi ak, x payah la nak jadi jaguh di tempat sendiri aje, kita kan nak jadi negara maju yang dikenali dunia...so produk kita pun menunjukkan ciri pembangunan kita...jangan pandang enteng benda2 macam ni...

Ak sendiri sebagai pengguna sebenarnya x tertarik nak beli walaupun harga ada la beza 10-30 sen semua....so ak rela abiskan 30sen untuk aspek pembungkusan yang lebih menarik...tapi tak tahu la pulak korang, ak just bagi pendapat n pandangan  je....dari pandangan seorang pengguna n pelanggan....

Potpetpotpet : dari mata turun ke hati...hati minat baru rela keluar duit beli barang

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...