MySpace kembali dengan wajah yangt lebih segar dan trendy

Friday, January 25, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua.... Myspace yang mana seperti kita tahu merupakan laman sosial yang cukup popular sebelum kedatangan Facebook... Namun, setelah kebangkitan Facebook dan Twitter, populariti MySpace telah jatuh merudum dengan kebanyakan pengguna MySpace telah berpindah ke laman sosial baru iaitu Facebook yang kini telah mencapai angka 1 Billion Pengguna.

Sebentar tadi, ak baru saja membuka MySpace dengan sekadar cuba-cuba untuk melihat samada masih ada akaun sosial pertama ak itu, dan hasilnya Yes...akaun ak masih lagi ada dengan menggunakan email dan password yang sama.

MySpace dilihat benar-benar menumpukan perhatian dalam perubahan yang terkini yang mana bagi aku cukup berbeza dengan lama sosial saingannya yang lain. Jika sebelum ini MySpace dilihat seakan-akan meniru UI Facebook bagi paparanmukanya, namun kali ini MySpace boleh berbangga dengan hasil yang jauh lebih SEGAR dan TRENDY.

Untuk pertama kali menggunakannya, aku sendiri merasa agar terkial-kial dengan pembaharuan yang dibuat....kita akan kehilangan semua rakan yang pernah ada di dalam MySpace lama (jangan risau, korng masih boleh kembali ke MySpace lama yang buat masa ini masih boleh dimasuki) dan hasilnya kita akan dilihat seperti pengguna baru yang baru sahaja memiliki akaun MySpace.

Seperti kebanyakan website lain, MySpace turut memberi kemudahan integrasi dengan Facebook dan Twitter...korang tidak lagi perlu untuk mereka email baru tetapi sebaliknya boleh sahaja LOGIN dengan menggunakan akaun Facebook mahupun Twitter sedia ada.

Ruangan utama profile akan diberikan paparan muka yang cukup luas kepada pengguna. Bagi ak, di sini MySpace benar2 memberikan kebebasan kretiviti kepada penggunanya untuk mengekspresikan jenis gambar yang sesuai untuk dijadikan Cover Profile. Selain itu, skrol panduan jugak tidak akan dilalui secara atas ke bawah, tapi secara kiri ke kanan...ini memberikan kelainan dan pengalaman yang cukup berbeza kepada pengguna MySpace.


SEBELUM DILETAK COVER


SELEPAS MELETAK COVER

Selain itu, pengguna MySpace jugak diberikan pilihan untuk mendengar lagu-lagu dari artis antarabangsa secara percuma didalam fungsi WIX... Korang boleh memilih apa sahaja lagu yang disenaraikan dan disimpan didalam akaun untuk didengar ketika melayari laman sosial terbabit.


FUNGSI SIMPANAN MUSIK

Secara keseluruhan MySpace baru benar-benar memberikan sesuatu yang baru, segar lagi trendy kepada pengguna tegar laman sosial. Korang masih ingat password MySpace??? Terlintas untuk menerokainya kembali...ak sangat alu-alukan korang untuk mencuba kelainan yang ditampilkan...

potpetpotpet : Twitter tetap di hati ;P

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...