Blackberry melancarkan Z10 dan Q10

Thursday, January 31, 2013 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Beberapa ketika tadi RIM atau Blackberry baru sahaja melancarkan smartphone terbaru dibawah jenama Blackberry dengan dua model terbaru mereka iaitu Z10 (skrin sentuh) dan Q10 (qwtry).

Ura2 pelancaranya telah lama diketahui malah gambar kedua2 model jugak telah banyak kali tertiris ke ruang internet, namun pada hari ini Blackberry akhirnya menjawab semua teka teki yang bermain dikebanyakan peminat BB diseluruh dunia.

Biarpun ak sendiri tidak menggunakan BB tetapi sebagai peminat kepada teknologi, ak turut mengikuti perkembangan mereka dan ingin turut mengetahui apakah kelaian yang cuba ditampilkan pihak RIM dgn Blackberry model terbaru.

Secara kasar, Blackberry Z10 memiliki rekaan yang cukup berbeza dan luar dari kebiasaan smartphone blacberry yang lain. Dengan rekaan yang lebih elegan dan trendy, Z10 turut mengikuti rentak rekaan smartphone terkini yang mengunakan skrin sesentuh. Dengan rezolusi 356 ppi, Z10 yang berskrin 4.2" ini dilihat suatu pembaharuan yang menarik dibawa oleh BB10. Memiliki 8MP camera dengan 5x digital zoom di bahagian belakang, dan 2MP camera di bahagian depan, rasanya BB Z10 mampu berdiri sama tinggi dengan smartphone yang lain.
BlackBerry Z10 in white

Berbeza dengan Z10, Q10 memiliki rekaan klasik BB yang lebih menekankan keaslian rekaan blackberry itu sendiri. Memiliki papan kekunci Qwtry, Q10 memiliki
BlackBerry Q10 - the first BlackBerry 10 device with QWERTY
Selain itu, BB10 juga memiliki sentuhan kreatif daripada penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Alicia  Keys yang menjadi pengarah kreatif rasmi bagi penghasilan BB10 kali ini.


Melalui sumber rasmi blackberry blog, BB10 sudah mula dipasarkan kepada orang awam mulai ESOK di UK diikuti Kanada, UAE pada awal Februari... Di Malaysia juga dijangkakan akan mula diperkenalkan oleh pihak Blackberry Malaysia pada 10 Februari ini.. Buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaan harga yang mungkin ditawarkan oleh pihak pembekal, namun ak rasa harganya mungkin boleh mencecah RM2500... Mungkin saja ;)

Ciri2 lain yang menarik perhatian ak dengan BB10 ini adalah fungsi BBM yang kini telah ditambah baik. Kalau sebelum ini bbm lebih kepada perkongsian mesej, namun dengan BB10...BBM Video Chat turut akan diintegrasikan. So kiranya, selepas nie korang boleh berhubung secara terus dengan hanya menggunakan BBM. Fungsi Skype turut dimuatkan sebagai pembaharuan teknologi mereka.

Bagi korang yang meminati Blackberry, rasanya lepas nie korang dah boleh mula mengumpul duit untuk baby terbaru keluaran RIM... Bagi ak, satu je harapan...harap2 BB kali nie memiliki kekuasaan jangka hayat batery yang lebih baik, sebab bukan ape kebanyakan kengkawan ak duk komplain pasal batery je...entah lerrrr

potpetpotpet : lepas nie BB akan kembali menganas macam dulu atau tak ya???

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...