Eueewwwww Aku Tulis Ke Tuh???

Assalamualaikum...

Hahahahaa, memang xleh blaaa...kejap tadi ak stalk blog sendiri n bace balik ape je yang ak carutkan dedulu....Owhhh, ok fine, sangat tak matang...sangat newbie kat dalam dunia blogging...tapi ape yang pasti semua tu betul2 jujur dari aku, langsung xde ayat tapisan macam kat dalam FINAS nuh..hahaha...haiiyooo, ak ke yang tulis tuhh...


Now, ak dah sedar *selama nie pun sedar, tapi mamai-mamai..hahaha*...setiap hari kita akan melalui masa dan waktu yang berbeza, kita akan alami banyak perkara baru dan mungkin perkara terakhir akan kita lakukan...dan dari situ personaliti kita secara automatik boleh terbentuk. Korang pegi pandang cermin, xpun cari gambar lama...korang dapat rasakan x perbezaan diri korang yang sekarang dengan yang dulu ;) Berbeza sangat kan...

Sama ada baik atau buruk biarlah korang dengan Tuhan je yang tahu kann...x perlu kita nak aibkan diri sendiri macam yang dilakukan sesetangah remaja dekat twitter yang entah bagi aku diorang nie macam owhhh, sadisss nak perhatian lebih. Kita harungi hari2 dengan pelbagai dugaan dan cabaran, x kira elok untuk kita atau pun buruk kita boleh jadikan satu pengajaran dan nasihat pada diri sendiri dan orang lain.

Ada sesetengah blogger yang ak baca memang pandai gunakan kehidupan diorang dengan sebaik mungkin dan diolah ke atas ruang blog. Tak kira kisah buruk baik, tetap dicerita untuk dijadikan teladan dan panduan. Bagi ak blogger macam tu lebih elok dari blogger yang tak tentu hala duk bergossip pasal orang lain je n tak tentu kesahihannya kan....elokk sangat tulis tu dari gossip jadi fitnah (walaupun bagi ak gossip dengan fitnah tu sama jaa).

Harap hari2 yang mendatang akan lebih mematangkan ak dan dapat ak kongsikan dekat sini n dijadikan teladan n panduan ngan korang semua. Tak gitewww..hahahaa...ehhh, boring plaakkk entry kali nihhh...kbye

potpetpotpet : makan biskut ngan air coklat tetengah pagi mmg best tahu 

Popular Posts