Cakap Biar Berdepan & Saling Berbincang

Thursday, December 06, 2012 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Petang tadi ak terpaksa harungi satu masalah yang secara telusnya di luar dari bidang kuasa ak...tapi disebabkan ada yang minta tolong, ak bantu sekadar mana yang mampu...


Ceritanya tentang kes tak puas hati...dekat office ak dah tersedia cafe untuk staff makan waktu rehat....so mostly kalau malas keluar ak memang makan kat cafe office je, thus mak cik2 cafe semuanya ramah...biasa laa ambik hati pelanggan...macam mak ak meniaga, macam tu la jugak diorang pun...

Nak dijadikan cerita, b4 this just ada 1 bos je yang kendali bahagian cafe, but now sudah ada 4 bos bila company sediakan booth gerai makanan ala foodcourd kat peniaga lain...done. For me xde masalah pun sebab itu just persaingan sihat antara peniaga...n im sure diorg dah capai kata sepakat untuk menjual jenis makanan yang berbeza...how ever, its not like what im thinking..

Mak cik cafe minta tolong dekat ak untuk ajukan persoalan kenapa peniaga baru berniaga dengan menggunakan pinggan mangkuk mereka sedangkan pinggan mangkuk tu mak cik cafe n the geng yang basuh...orang lain yang guna, orang lain yang basuh...x berbayar gaji pulak tu...perhhh, ak terkejut jugak dengar cerita mak cik tu...so mcm2 la masalah diluahkan kat ak, cth lain daging lembu boleh dijual dekat cafe??? Erkkk, memang setahu ak xboleh jual sebab nk hormati kepercayaan masyarakat India yang menghormati Lembu...but peniaga baru boleh menjual  n x dikenakan sebarang tindakan....ape lg, kalau korang pun mesti x puas hati kan...

Ak dengan mesra terus menyapa peniaga baru, saja tanya sembang2 semua...sambil2 tu terus tanya diorang ada masalah tak meniaga dekat sini....again, luahan masalah ak terima...kali nie lain ceritanya. Peniaga baru cakap sebelum diorang dipelawa berniaga kat cafe company, diorang diberikan jaminan itu ini...cth mcm pingan mangkuk pihak syarikat yang sediakan n diorang just berniaga saja, x payah risau pasal gas, pasal nak cuci pinggan mangkuk bagai...n diberi jugak kebenaran untuk berniaga apa2...sudahnya bila sampai dekat cafe dan mula berniaga, macam2 tak boleh buat...sampaikan pinggan mangkuk pun berebut dengan orang cafe (mak cik cafe). Ak selidik lagi n bertanya samada diorang ada buat mesyuarat atau tak...peniaga baru cakap ada bermesyuarat tapi dengan pihak atasan (orang pejabat) dengan peniaga lain xde pulak sebab semua urusan pihak pejabat yang uruskan...

Ak pun macam...owhh, ok...so sekarang ni ak paham masalah diorang, yang mak cik cafe teraniaya yang peniaga pulak tertipu dusta. Ak terus jumpa dengan kawan pejabat dekat bahagian sumber manusia n tanya siapa yang uruskan bahagian cafe...ikutkan ak memang malas nak masuk campur, tapi kalau dibiarkan makin teruk pulak nanti kan...

Ada lah seorang sipolan yang menguruskan...apek tua yang memang ramai x suka cara die bekerja. Ak x jumpa dia terus untuk bertanya tentang masalah tu, tapi ak ambik risiko sendiri. Petang tadi lepas je habis kerja jam 4.30pm tu, ak terus ke cafe dan minta semua peniaga bermesyuarat dekat cafe. Meeting secara santai n ak xmau timbul sebarang ketegangan...memang pada awal ak nampak ada muka x puas hati antara diorang, tapi ak cuba jugak redakan dengan bersembang ringan tentang keluarga mereka...bertanya anak dah ade berapa, boleh jadi menantu ke tak..sekadar nak ambil hati dan kurangkan ketegangan. Waktu meeting tu ak ajak jugak kawan ak dari bahagian sumber manusia untuk membantu. Dalam mesyuarat petang tadi, sesi luah perasaan dijalankan n memang jelas peniaga semua macam bler3...diorang dijanjikan benda lain, dapat benda lain...ak yang dengar pun jadi geleng kepala.

Ak difahamkan oleh kawan ak yang company buat booth gerai makanan tambahan untuk memberikan kelainan dan peluang untuk peniaga lain...n semua nie jugak atas cadangan sipolan terbabit. Idea tu bernas dan baik tapi cara kerja tu tak elok sebab sekarang semua dah tungang tebalik. Paling menyedihkan bila mak cik cafe cakap diorang dah mohon untuk diadakan mesyurat berkali2 tapi tak dilayan dan disuruh berniaga seperti biasa...

Selesai meeting ak dapat tenguk semua muka dah macam puas sebab masing2 dapat ceritakan masalah secara bersemuka...n ak pun seronok sebab peniaga2 dah setuju untuk berniaga dengan menu yang tersendiri...macam mak cik cafe akan berniaga nasi putih dan lauk pauk, peniaga 2 akan berniaga mee kari,laksa, mee sup bagai, peniaga 3 akan berniaga roti canai blablablaa n peniaga 4 akan berniaga masakan panas....so semua puas hati sebab masing2 dah ada menu sendiri...syukur sangat sebab xde sebarang masalah yang lebib besar timbul tadi.

Bila dah selesai semua, mak cik cafe n peniaga lain semua ucapakan terima kasih sebab ak sudi membantu. Ak tersenyum je sebab sebenarnya ak nie dikira penyebok sebab bidang urusan kerja ak kat bahagian perladangan, bukan kantin cafe bagai...x kisah la kan, asalkan no prob lagi suda...

Secara ringkas dari masalah tadi, ak nak kongsikan dekat sini sebenarnya adalah penting untuk kita nie saling bercakap secara berdepan n bukannya secara pihak ke-3. Kalau tak jadi macam kes mak cik cafe la jawabnya. Then sebagai seorang pekerja or what ever lahhh, if u think u hve the responsibilities utk pikul tugas tu..sila jalankan dengan amanah dan tekun, jangan jadi macam sipolan...dibiar je masalah tu berlarutan...kalau x ditangani segera alamatnya perang antara mak cik2 cafe la kat company nihhh....

potpetpotpet : hidup kena berani BERTANGGUNGJAWAB!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...