Harimau Malaya kembali Menganas Menentang Laos

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, perlawanan yang penuh dgn drama betul....malam ni Malaysia 4 - Laos 1. Harimau Malaya mmg betul2 buat drama bagi ak...n watak utama adalah Safee Sali, sebab ape sebab dia antara pemain yang banyak buat kejutan nak merembat ke gawang gooll tapi segalanya macam serba tak menjadi...7 kali percubaan wa cakap luuu...but syukur untuk cubaan ke 8 berjaya jugak..itu pun dengan bantuan Wan Zack yg mmg cantek cara dia past bola kat Safee....itu gol kedua buat Malaysia.

B4 that Gol Malaysia disumbat oleh Syafiq Rahim pada minit ke 15 ak ase...ntahhh, ak sibuk 
bertwet jd juruhebah amatur kejap tadi...muahahaha...

Untuk separuh masa pertama mmg jelas nmpak Harimau Malaya gasak abis abisan pemain Laos, but then untuk game ke dua macam goyah sikit untill gol yang disumbat Safee tadi n ditambah lagi pada minit ke 75 oleh Zack dengan bantuan Matyo n Gunalan bagi melengkapkan Malaysia dengan 3 jaringan gol....naissss hoiiii.....*time ni jugak detik ak tersepak air milo yang ak letak kat bawah kerusi...cisss, x pepasal cari mop*

Tu blommm habisss, masuk minit ke 79 si Muhymeen pulak sumbat lagi satu GOLLL hoiiii....time ni ak x sempat nk tguk sgt sebab duk tengah gigih lap milo yang tumpah tadi...cisssss....tau2 si pengulas sukan jerit GOLLL....jerit2 sesorg ak ngan kain buruk tu beb... 4 gol akhirnya Malaysia sumbat :)

For me sebagai peminat n pengkritik tak bertauliah...ahahaa, corak permainan Harimau Malaya malam ni mmg agak berbeza sikit dari sebelum ni time lawan dengan Singapore, sebab ape...sebab kali ni nampak lebih MENYERANG dari sebelum ni yang nampak lebih kepada BERTAHAN...

Corak pemainan pasukan Laos pun menarik gak sebab bagi tentangan yang hebat walaupun akhirnya gagal jugakk....xpe, janji Malaysia menang..muehehehe...pas nie game seturu epik biasa, Malaysia vs Indonesia...hope Harimau Malaya terus tunjuk belang n taring like this jugak laaa....
Again from me...tahniah Harimau Malaya...tahniah jugak Malaysia :)

Potpetpotpet : kat twitter td ade budak bebal cakap die nak potong ANU kalau Malaysia menang...perhhhh, sampai bila nk jadi bebal tak bertempat ni =_="

Published with Blogger-droid v2.0.6

Popular Posts