Tips Ringkas: 3 langkah wajib sebelum Beli Gadget di Jepun???

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang teringin nak ke Jepun n beli barang-barang elektronik diorang kan...nak2 pulak kita selalu tenguk dekat TV produk2 dari Jepun ni semuanya canggih manggih n berkualiti tinggi...hemm, memandangkan ak dah nak masuk 2 bulan duduk dekat Jepun ni...ak nak bagi sedikit tips cara membeli barangan elektronik dekat Jepun...

1: Jenis produk
Korang perlu pastikan betul2 jenis produk apa yang korang nak beli....contoh, kalau korang nak beli pelurus rambut, dekat jepun nie memang bersepah mesin macam tu..mana2 kedai elektronik mesti ada jual, tapi masalahnya dekat sini, setiap produk yang ditawarkan kebanyakannya hanya untuk pasaran jepun sahaja....maka memang xde traslation ke bahasa inggeris untuk kita baca cara2 penggunaannya. So untuk masalah ni...ak sarankan korang cuba bertanya dengan pembantu kedai, tapi serius jujur cakap kebanyakan mereka tak fasih berbahasa inggeris, jadi untuk menyelamatkan keadaan dari ayam bertemu itik...lebih baik korang cari produk yang siap ada tunjuk illustrasi bergambar cara penggunaannya..dengan cara ni biarpun korang tak faham bahasa Jepun, still boleh memahami cara penggunaannya sebab dah ada gambar kan...^^

2: Produk canggih disarankan tak payah beli
Bukan aku tak bagi korang beli, tapi lebih baik dielakkan sebab macam ak cakap tadi kebanyakan barang dekat sini untuk pasaran Jepun sahaja.... Contoh, ak usha handphone XPERIA T dekat sini...ok memang cantek, sanggat menggoda n kalau nak diikutkan hati nak je ak angkat satu tapi masalahnya semua setting di dalam handphone tu adalah dalam bahasa jepun, thus handphone tu jugak tak support simcard dari negara kita macam maxis,digi, celcom tuhh...macam tu jugak dengan game, konsol game memang belambak dekat Akihabara..memang syurga game orang Jepun ak ase nihh, tapi masalahnya sangat tak mesra pengguna antarabangsa....kebanyakan barangan jepun yang dieksport ke luar negara diproses di negara China...so memang tak hairan la produk diorang lain sikit dari yang dipasarkan ke luar negara biarpun sebenarnya barang sama je,..kualiti tu berbeza...sob3

3: Bandingkan harga dengan kedai lain
Produk elektronik memang banyak sangat...so tak hairan kalau kita akan jumpa produk yang sama di lokasi yang berbeza dengan harga yang berbeza...dalam hal ni aku sarankan korang bergerak dengan orang2 yang dah ade pengalaman dalam membeli barangan di jepun...nak lagi best cari orang yang pandai dalam urusan tawar menawar...Bukan ape, diorang ni pun kadang2 cekik darah jugak....bayangkan harga rm50  boleh melambung sampai rm450 kalau tak pandai nak tawar menawar...silap aribulan memang senang2 je korang kena tipu.... Kat sini sebenarnya korang boleh buat tawar menawar bagi barangan elektronik, tapi jangan la korang mintak harga sampai tak masuk akal kan...n pastikan lepas korang berperang nak harga murah tu, lepas dapat harga murah sila BELI DAN BAYAR...jangan cakap TAK JADI...silap aribulan memang dapat makian suci dari mulot puaka diorang...hahaha...yang nie ak serius...diorang nie kalau kita baik, diorang baik...kalau jahat...jangan berani2 la weiii....

Amacam, dah dapat tak sikit gambaran cara2 nak shoping dekat jepun...huhuhu, kalau nak shoping dekat Jepun sila bawa duit yang mencukupi sebab kat sini agak payah nak dapat mesin ATM...kebanyakan orang kat sini guna kad je...macam ak pun gune kad je, senang idop tak payah pikir mne nak tukar cash...kalau naik metro (monorail) pun guna je pas sehari...lebih kurang rm20 je...murah abis dah nihh..korang naik la dari awal pagi sampai lewat malam..just touch n go orang cakap..hahaha...wokehh, sian tips ringkas dari aku...kalau ade tambahan sila2 la komen idea anda di bawah ya...

potpetpotpet :shoping kat negara orang nie melaparkan...sob3 *sila paham ;P

Popular Posts